Penantian peminat yang telah lama menantikan kemuculan Toyota Innova akan berakhir setelah UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMWT) mengumumkan tempahan untuk model MPV terbaharu ini telah dibuka. Model yang popular dengan nama Innova Kijang di Indonesia turut berkongsi pelantar yang sama dengan trak pikap Hilux dan SUV Fortuner baharu tampil dengan rekaan yang lebih moden dan menawan.
Tiga varian bakal ditawarkan dengan harga anggaran bermula dari RM109,000 untuk 2.0E MT, RM117,000 untuk 2.0E AT dan varian paling mahal 2.0G AT pula berharga RM126,000 (harga atas jalan dan termasuk insurans). Innova baharu dikuasakan oleh enjin 4-silinder sebaris, 16-injap, DOHC dengan Dual VVT-i yang mampu menjana 139 PS pada 5,600 rpm dan 183 Nm tork pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi manual lima-kelajuan untuk varian asas dan automatik enam-kelajuan untuk varian yang lain.
Antara ciri ciri menarik pada Innova baharu ini ialah Kombinasi Tempat Duduk Fleksibel, rim bersaiz 16 inci untuk semua varian, * lampu ambien mewah, tujuh beg udara*, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan kawalan cengkaman*, Bantuan Brek (BA)*, Bantuan Daki Cerun (H-SA)*, butang penghidup enjin*, kemasukan tanpa kunci* dan pendingin hawa automatik* (* untuk varian 2.0G sahaja) . Varian 2.0E pula hanya dilengkapi dengan tiga beg udara dan ABS.
Innova baharu telah menerima penarafan lima bintang dari ASEAN NCAP namun ia hanya bagi varian 2.0G sahaja. Selain itu, waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan turut ditawarkan untuk semua varian. Segeralah ke bilik pameran Toyota yang berhampiran untuk membuat tempahan awal. Tarikh pelancaran model ini masih belum diumumkan dan dijangka dalam masa yang terdekat, nantikan!
Pesaing kepada Exora.. Model pengganti Exora mestilah lebih baik dari innova yang dipasarkan di Malaysia.. Toyota Innova Malaysia tidaklah secanggih mana, maka model pengganti Exora mestilah lebih baik keseluruhannya dari Innova sedia ada..
Betul tu yang penting Exora serba baru mesti boleh memuatkan 8 orang dengan selesa dengan Enjin 1.5 TGDi serta 6 kelajuan manual.
Gear Manual?
TV di rumah masih pakai tekan suis di tv ke? Belum pakai remote control?
Kena tunggu 2018, 2019, 2020 le macam tu
Model exora r sememangnya kena tunggu 2018 setelah enjin tgdi diproduksikan besar-besaran.
MT 6 kelajuan mungkin sesuai untuk Varian Varian standard. Manakala Varian premium menggunakan protronic 7 kelajuan.
Rasanya enjin 1.8 tgdi lebih sesuai untuk exora r
Mmm… 2 kali pandang mcm muka E.T pun ada. Ekeke..
Cheers!
Heheheh… Entertainment hari ini