ARKIB

KATEGORI

Buletin

PSA sah jadi Rakan Strategik Proton?

Views

* TERKINI : Sebentar tadi NST online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Proton bakal mengumumkan Rakan Strategik Asing baharu pada bulan Mei ini. Berkemungkinan Rakan Strategik Asing baharu Proton merupakan pengeluar kereta dari Eropah atau Amerika Syarikat. Perkembangan terbaharu ini mungkin agak mengejutkan pemerhati industri kerana hanya tinggal satu calon sahaja lagi yang masih membida iaitu PSA Group setelah Geely menarik diri. Adakah pengeluar dari Amerika Syarikat itu merupakan calon terbaharu saat akhir yang mungkin salah satu daripada tiga jenama utama iaitu, General Motors, Ford atau Fiat-Chrysler? Kita nantikan!

Artikel oleh Shamsul Yunos

• Apakah pilihan yang terbuka kepada Proton dan DRB-HICOM setelah Geely menarik diri?
• Mungkinkah bidaan dibuka semula?

Dengan berita mengejut penarikan bidaan dari syarikat kereta China, Geely, kini tinggal Peugeot-Citroen Group atau PSA sebagai calon tunggal dalam usaha DRB-HICOM mencari rakan strategiK untuk Proton. Adakah ini akan mempercepatkan pengumuman rakan strategik oleh DRB-Hicom, memandangkan sudah tiada pilihan lain? Kami berusaha mendapatkan komen dari Proton dan juga DRB-HICOM tetapi semua pihak enggan memberikan komen tentang perkara ini.

Pihak Proton berkata ini adalah isu yang diuruskan oleh pemilik mereka, DRB-HICOM dan sumber DRB pula berkata mereka belum ada sebarang kenyataan rasmi untuk disebarkan. Kami difahamkan bahawa DRB-HICOM belum diberitahu secara rasmi tentang sebarang keputusan Geely untuk menarik diri. Sekiranya benar Geely menarik diri, perkembangan terbaharu ini dijangka akan memberi angin baharu kepada proses perbincangan antara DRB-HICOM dan PSA, samada ianya akan menjadi lebih serius dan mendalam ataupun kita bakal melihat PSA mengambil kedudukan yang lebih tegar dalam semua posisi semasa rundingan.

opel-adam-07

Apa pun kami percaya semua pihak memandang serius dengan perkembangan terbaharu ini. Apakah pilihan yang terbuka kepada Proton dan DRB buat masa kini? Pilihan yang paling jelas ialah meneruskan rundingan dengan PSA dengan harapan ia dapat mencapai satu keputusan yang membolehkan semua pihak mendapat kebaikan dan keuntungan. PSA sebelum ini dilihat sebagai satu syarikat kereta yang duduk dipasaran arus perdana hanya di Perancis dan dianggap sebagai jenama niche di Eropah tetapi mereka baharu saja melancarkan satu transformasi baru dengan membeli jenama Opel dan Vauxhall dari General Motors.

Jenama Opel dan Vauxhall ini pula dilihat sebagai lebih arus perdana di Jerman dan United Kingdom dan boleh dikira agak niche di luar negara tersebut. Seperti Peugeot dan Citroen, Vauxhall dan Opel juga adalah jenama yang kuat dipasaran sendiri dan dengan percantuman ini maka PSA kini boleh menggandakan kekuatan jualan mereka di Eropah dan mereka dijangka akan dapat menggunakan keupayaan kejuruteraan GM Eropah yang boleh dikatakan agak kuat. Kalau sebelum ini kita tidak dapat melihat bagaimana PSA dapat menggunakan keupayaan lebihan di Proton kerana model yang ditawarkan terlalu mewah dan berharga tinggi, dengan adanya pilihan dari Opel dan Vauxhall kini ianya kelihatan lebih menarik.

opel-corsa-2015

Model kompak seperti Adam dan Corsa memang menarik dan sekiranya mereka boleh menemui cara untuk memasarkan dua model ini sebagai Proton ataupun Opel/Vauxhall/Peugeot/Citroen yang dipasang di Tanjung Malim, sudah tentu ini akan menjadikan Proton lebih bertenaga. Model pertengahan seperti Astra pula memang mempunyai kedudukan agak kukuh di Eropah dan terkenal sebagai kereta syarikat dan tiada sebab mengapa ianya tidak boleh dijenamakan semula sebagai Proton. Manakala model segmen-D yang bergelar Insignia pula sudah memang iras iras model Proton Perdana sekarang dari sesetengah sudut, molek benar jika ianya dijadikan penyambung legasi model mewah tersebut.

Opel dan Vauxhall juga mempunyai model komersil yang terkenal seperti Combo, Vivaro dan Movano yang boleh menjadi tonggak baharu Proton yang sudah sekian lama tiada sebarang model untuk peniaga dan penggunaan kerja komersil. PSA juga mempunyai pilihan model komersil yang dikenali dan disamping itu syarikat Perancis ini terkenal dengan teknologi diesel mereka. Penarikan diri oleh Geely bukanlah satu berita gembira tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan terus semua perancangan DRB-HICOM untuk mendapatkan rakan kongsi luar, ia mungkin mengekang posisi DRB-HICOM kerana tiada pilihan tetapi ada kalanya kekangan yang memaksa kita untuk berunding dengan lebih berhati-hati. Apa pun sekiranya bidaan kali ini tidak mendatangkan hasil sudah tentu DRB-HICOM boleh mencuba dengan membuka bidaan sekali lagi tetapi kami percaya PSA ialah calon yang baik untuk Proton. Harapan kami agar DRB-HICOM dapat berunding dengan PSA secara terbaik untuk mendapatkan keputusan positif untuk semua pihak.

KLIK UNTUK BESARKAN

opel-adam-07 opel-corsa-2015 opel-mokka-x_27 1_d cq5dam.web.1280.1280 Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • Jikalau jenama niche Peugoet-Citroen kuat di Perancis, Opel di Germany dan Vauxhall di UK, maka jenama Proton harus di arus perdanakan sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN seterusnya ke peringkat global.

    Model seperti Astra ada potensi dijenamakan sebagai Suprima, manakala model SUV Peugoet 3008 yang baru dianugerahkan ‘European Car Of The Year 2017’ pula boleh dijadikan model SUV Proton yang pertama.

    Adakah dengan pengambilalihan Proton oleh PSA Groupe, CEO baru akan dilantik? Mungkinkah CEO Lotus Jean Marc Gales, yang merupakan bekas CEO PSA Groupe akan dinaik pangkat ke Proton?


    • Ya.. ini lah peluang Proton untuk rebadge banyak2 model Peugeot. Citroen jangan direbadge.. Nanti jadi Proton Tiara pula.. Perodua dah mula membina kereta sendiri, Proton dah patah balik rebadge brand lain.. Kah kah kah.. akhirnya, Proton akui rebadge boleh buat untung..


        • Selepas rebadge saga & wira, model lain dah tak laku dah.
          Perdana problem gearbox auto, Tiara, Juara, Inspira. Savvy dengan enjin renault & gearbox problem sparepart..


  • proton jd macai dah sebab lemah dan tiada kemampuan untuk survive. lemah di dalam peningkatan jenama. duduk bwh drb pun masih lemau. mmg org kita xreti nak jual kereta.


  • pandangan sy, antara faktor yg sbbkan Proton susah boleh nk bangkit..

    1. masyarakat masih percaya, produk keluaran proton bermasalah,
    2. resale value lemah
    3. proton tak study market betul2, hasilnya proton keluarkan produk yg gagal, terutamanya model suprima, Iriz dan preve

    persona yg merupakan kekuatan proton terpaksa dibangun dr platform Iriz.. hasilnya persona 2016 merupakan sedan yg gemuk dengan rim yg kecil..

    sy yakin, persona 2016 akan lebih berjaya jika ia dibangunkan dahulu, sesuai dgn reka bentuk sedan dlm segmen B (benchmark Honda City)

    apa pun, rakan strategic ini penting utk survival proton, pasaran suv makin berkembang, proton masih belum memperkenalkan walau satu model suv


  • drb-proton kena kaji betul2. teknologi kereta PSA tak reliable dan mudah rosak. rakyat akan lebih takut nak beli kereta proton di masa akan datang. lihat lah apa jadi pada model tiara dan savvy. nanti model baru Proton-PSA nak jual 100 biji sebulan pun susah


    • Mmm… kenapa lihat model yg gagal seperti tiara berbanding melihat kemajuan semasa PSA menghasilkan model seperti car of the year 2017 – peugoet 3008?

      Cheers!


    • Tiara / savvy adalah teknologi 25 / 15 tahun lalu. Dan ianya adalah model kereta bajet berkualiti rendah sederhana. Lepas jadi anak syarikat PSA dah boleh rebadge model berkualiti Tinggi sahaja. Kebanyakan anak syarikat PSA rebadge model antara satu sama lain Dan juga berkongsi platform serta enjin.

      Lepas ni PHB bukan lagi pengeluar kereta nasional. Lebih 50% pegangan akan dijual kepasa PSA group.


    • Beli sajalah kereta apa pun!!, Honda, Toyota, Citroen, Renault, Volkswagen, Audi, Ferrari, Lamborghini, Bugatti, daihatsu, tata, Opel, DLL.

      Yang penting anda suka, minat Dan mampu. Kalau tak suka Dan tak mampu tak perlu beli.


  • Dari sudut psikologi, proton yg lebih tertekan memandangkan ia memerlukan rakan strategik sebelum masuk bulan jun. Dengan usaha mencari rakan strategik ketika ini, sedikit sebanyak ia telah merencatkan perancangan yang telah dirancang oleh proton. Sebagai contoh, pengeluaran enjin baru atau model2 baru untuk tahun ini.

    Ada sumber menyatakan, proton sendiri mengalami kekurangan dana untuk mengeluarkan enjin baru dalam skala yg besar. Malah usaha untuk mendapatkan pinjaman dari kerajaan sudah tentu tipis kerana syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah menjalinkan dengan rakan strategik baru.

    Selepas menjalinkan kerjasama, proton mestilah tidak mengambil masa yang lama untuk “turning point” dengan pengeluaran model baru atau model facelift, kerana banyak masa telah dibazirkan ketika ini.


  • Sebenarnya kereta proton berkualiti, cuma
    Persepsi masyarakat perlu diatasi oleh Proton dengan membuktikan peralatan keluaran vendor Proton berkualti berskala
    standard dunia.

    Sebahagian masalah yang berlaku adalah
    berpunca daripada part yang kurang berkualiti dan tidak tahan lasak oleh pembekal part.

    Disebabkan masalah part tersebut nama baik Proton tercemar dimata masyarakat Malaysia dan menjadi mangsa sehingga menjadi suatu persepsi yang susah dibendung sehingga kehari ini.

    Diharap selepas ini pihak pengurusan Proton
    membawa masuk pembekal part kereta Proton yang berkualiti berskala tinggi dan bertarag dunia demi menjaga baik Proton dimasa depan.

    Diharap kepada pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM dapat memilih rakan kongsi yang benar benar berdaya saing dan telah terbukti kemampuannya didalam negara mahupun dipersada antarabangsa.

    Harapan kepada syarikat rakan kongsi Proton dimasa akan datang , dapat menjana operasinya dan boleh membawa dan menjual jenama kereta proton di pentas antarabangsa hendaknya.

    Kepada Proton, kajian dan tindakan segera untuk dibaikpulih masalah yang berlaku kepada Proton perlu dilaku segera keatas isu isu seperti :-

    1) Menangani persepsi masyarakat Malaysia.

    2) Kawalan part Vendor yang berkualiti.

    3) Servis center – pantas, cekap dan mesra.

    4) Pengiklanan jenama Proton dimedia.
    Kurang promosi diruang media massa seperti di TV,, Radio, Shopping Complex, dijabatan kerajaan dan swasta didalam mahupun diluar negara. Jika boleh setiap karnival contohnya di Jom Heboh Tv3 perlu proton ikut serta untuk diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia bertapa hebatnya kereta Proton semasa test drive dalam setiap karnival yang proton sertai.

    5) Isu pinjaman bank – kelongaran pinjaman kepada yang layak tanpa ada double standard dalam institusi bank.

    6) Kawalan harga selepas jualan kepada used car dengan mengetatkan arahan melalui akta kerajaan Malaysia.

    7) Design mengikut arus perdana dimasa kini dan kehendak pelanggan.

    Dengan sedikit komen ini diharap Proton maju jaya dan meningkat martabat dan kualiti pengurusan dimasa akan datang hendaknya. Good luck Proton.

Leave a Reply