ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia lancar Grand Carnival baharu

Views

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, akhirnya melancarkan model yang paling dinanti-nantikan, Grand Carnival serba baharu. MPV lapan-tempat duduk ini direka bukan sahaja untuk untuk memikat pelanggan yang mahukan kenderaan yang bergaya dan kontemporari malah untuk semua pelanggan tidak kira usia dan latar belakang keluarga yang mahukan sebuah kenderaan gaya hidup luar yang aktif.

Grand Carnival baharu tampil dengan rekaan yang lebih mantap, berukuran 5,115 mm panjang, jarak roda yang lebih panjang berukuran 3,060 mm, ketinggian 1,740 mm dan lebar 1,985 mm, memberikannya rupa yang lebih lebar dan sasa, serta profil badan yang lebih sofistikated. Dari hadapan, jeriji ‘hidung harimau’ sentuhan Peter Schreyer terpampang luas yang bersambung dengan lampu hadapan dan lampu kabus menyerlahkan penampilannya yang moden. Rim aloi bersaiz 18 inci menjadikannya lebih mewah dan elegan.

Di belakang pula, Grand Carnival memperlihatkan lampu belakang yang lebih lebar dan permukaan logam luas memberikannya karektor yang lebih tegap. Ia turut menampilkan pintu belakang pintar yang boleh dibuka secara automatik apabila kunci dikesan dalam jarak yang dekat dan dua pintu-gelongor kuasa yang boleh dibuka hanya dengan menekan satu butang.

Dari dalam, rekabentuk ruang dalaman Grand Carnival direka dengan baik,dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi dan ciri ciri berteknologi tinggi. Kabinnya mempunyai papan pemuka lebar yang memberikan rasa lapang dengan gaya yang moden dan dilengkapi dengan dua kotak penyimpanan. Anda akan berasa seperti berada di dalam kabin pesawat kelas pertama apabila masuk ke dalam Grand Carnival. Tempat duduknya juga dibaluti kulit dan dilengkapi dengan corong penyaman udara tiga zon automatik sepenuhnya di bahagian atas tempat duduk hadapan dan baris kedua sekaligus memberi keselesaan kepada penumpang.

Grand Carnival juga dilengkapi dengan sistem hiburan multimedia seperti pemain CD MP3 dengan enam pembesar suara, serta sambungan USB dan AUX-in. Paparan sentuh TFT LCD berwarna bersaiz 4.3 incinya pula disertakan bersama kamera undur. Selain itu, Grand Carnival dipasang dengan alat bantuan parkir, seperti sensor hadapan dan belakang, stereng yang boleh dicondongkan dan teleskopik, brek parkir kaki dan kawalan pelayaran automatik.

Enjin diesel 2.2-liter CRDi berpengecas turbo menjadi nadi kepada Grand Carnival dan dipadankan bersama transmisi automatik enam-kelajuan automatik dengan penukar tork untuk memberikan kuasa dan kelancaran pemanduan. Unit 2.2-liter CRDi diesel ini mampu mengerah 190 kuasa kuda dengan 440 Nm daya kilas sudah cukup membuktikan MPV ini sangat berkuasa dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Sistem gantungan MacPherson di hadapan dan di belakang multi-link masih lagi dikekalkan dari model terdahulu dengan spring lantun hidraulik, palang suspensi yang lebih keras dan cagak sesendal cross-member berjaya meningkatkan kadar penyerapan semasa meredah bonggol sekaligus memberikan rasa selesa kepada penumpang. Aspek keselamatan turut diberi penekanan pada model baharu Grand Carnival ini dengan adanya ciri ciri seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantu Mula Mendaki, enam beg udara dan lampu hadapan HID dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).

Grand Carnival telah berjaya menggondol anugerah dari JD Power Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL), Top Safety Pick dari Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya Amerika Syarikat (IIHS) dan 10 Rekaan Dalaman Terbaik dari Ward’s. Harga atas jalan dengan insurans Grand Carnival 2.2D EX ditawarkan pada RM185,888 manakala versi Grand Carnival 2.2D KX pula berharga RM165,888. Naza Kia Malaysia turut memperkenalkan pakej pembiayaan pintar Kia Value 5 Plus yang memberikan lebih penjimatan kepada pemilik Kia. Ini merupakan pilihan tambahan kepada pelanggan supaya mereka mengambil manfaat daripada pakej pembiayaan pintar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

All New Grand Carnival Launch 2 All New Grand Carnival Launch

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply