ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford perkenal Ranger WildTrak edisi terhad Jet Black

Views

Bukan iPhone sahaja yang ada edisi warna Jet Black, Ford menerusi pengedar rasminya Sime Darby Auto Connexion memperkenalkan edisi terhad Ford Ranger WildTrak warna Jet Black yang boleh didapati di bilik pameran Ford seluruh negara. Harga atas jalan bagi model edisi terhad ini ditawarkan pada RM141,588.00 termasuk GST.

Warna Jet Black pada Ford Ranger WildTrak ini pastinya menyerlahkan rupanya yang lasak dan bakal membuatkan anda dicemburui semasa di jalan raya. Ford Ranger WildTrak juga sarat dengan pelbagai teknologi terkini, rekaan kabin yang bergaya dan berfungsi selain keupayaannya untuk membawa bebanan berat.

Varian Ford Ranger WildTrak kini menampilkan sistem infotainmen SYNC 3 versi dipertingkatkan, yang merupakan sistem perhubungan generasi terkini dari Ford dengan menampilkan skrin sentuh bersaiz lapan inci yang mengawal telefon pintar, infohiburan dan kawalan iklim dengan hanya menggunakan sistem arahan suara yang mudah.

Dari segi keselamatan, Ford Ranger WildTrak dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan cagak ISOFIX untuk keselamatan kanak kanak yang dijadikan ciri standard. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem Bantuan Mendaki dan Kawalan Beban Adaptif yang memaksimumkan kawalan kenderaan semasa mengangkut beban yang berat dan Bantuan Brek Kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Ford Ranger WildTrak - Jet Black_1 Ford Ranger WildTrak - Jet Black_2 Ford Ranger WildTrak - Jet Black_3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply