ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S baharu Proton di Seksyen 13, Petaling Jaya dirasmikan

Views

Regal Motors Holdings Sdn Bhd telah melancarkan secara rasmi pusat 3S Proton yang baharu setelah memindahkan keseluruhan operasi 3S ke Seksyen 13, Petaling Jaya dari Jalan Klang Lama. Pusat 3S ini berkeluasan kira-kira 1.2 ekar dan terletak di kawasan perindustrian dan merupakan kawasan yang strategik. Kawasan sekelilingnya juga padat penduduk dan merupakan kawasan pusat komersial yang merangkumi pembangunan perumahan baharu serta syarikat-syarikat industri seperti Colgate-Palmolive dan ibu pejabat Kedai Buku MPH.

Philip How, Pengarah Urusan Regal Motors Holdings Sdn Bhd berkata syariktanya telah memutuskan untuk membuka satu pusat 3S baharu di Seksyen 13 kerana yakin dengan kesesuaian lokasi ini untuk menarik pelanggan datang ke sini. Kawasan di sini juga lebih luas dan memberikan kelebihan untuk menyediakan kemudahan lebih baik kepada pelanggan. Pusat ini dibina berasaskan gaya hidup kini dengan ruangan yang luas untuk bersantai dan membeli kereta.

Pelanggan boleh datang ke sini, bersantai dan menikmati minuman mereka sambil menunggu kereta mereka untuk diservis. Kawasan servis disini juga boleh dilihat oleh pelanggan bagi memastikan mereka dapat melihat apa yang sedang dilakukan dengan kereta mereka. Tambahan lagi, di sini juga disediakan kawasan khas bagi kanak-kanak untuk bermain selain WIFI percuma dan ruangan mengecas laptop.

Pusat ini dilengkapi dengan 12 petak servis dan 6 servis pengangkat. Sekiranya terdapat banyak permintaan, ianya turut dapat menempatkan tambahan 6 lagi servis pengangkat. Setakat ini, terdapat 13 penasihat jualan dan 11 kakitangan servis, termasuklah seorang Pengurus Servis, 2 penasihat servis, seorang Eksekutif Perhubungan Pelanggan, 6 juruteknik dan seorang pengawal operasi.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Perniagaan sedia ada di Jalan PJS 7/23, Bandar Sunway, akan diteruskan operasinya di bangunan persendirian sebagai pusat ketuk dan cat, untuk menyediakan kemudahan penduduk disekeliling kawasan tersebut. Keluasan bangunan itu adalah kira-kira 1.5 ekar. Dengan adanya pusat 3S baharu di Petaling Jaya dan pusat Ketuk dan Cat sedia ada di Sunway, dijangkakan ada kenaikan sebanyak 30-40 peratus bagi jualan terutama dengan pengenalan SUV ke pasaran tidak lama lagi. Bagi pengeluaran servis pula, Regal Motors Holdings menjangkakan kenaikan sebanyak 60-70 peratus .

Sehingga 20 Ogos, Proton mencapai sasaran sebanyak 88 peratus bagi penambahbaikan cawangan 3S dan 4S. Syarikat yakin dan menantikan pencapaian sejumlah 109 pusat cawangan pada Oktober tahun ini. Sehingga kini, sebanyak 96 pusat cawangan telah diluluskan untuk ditambahbaik. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd berterima kasih kepada pengedar-pengedar kerana mempercayai jenama Proton.

Model Ertiga Xtra turut dipamerkan semasa majlis pelancaran pusat 3S tersebut setelah membuat kemunculan kali pertama di pusingan akhir 1-Tank bertempat di Parkroyal, Penang. Terdapat dua peningkatan yang dilakukan pada model tersebut iaitu tempat duduk yang lebih gelap, dan kehadiran unit utama berskrin sentuh 7 inci termasuklah sistem navigasi, pemain DVD, Bluetooth, dan penyambung telefon pintar.

Model Ertiga mempunyai penjimatan bahan api sebanyak 5.7L/100km, terbaik di dalam kelasnya. Ia dikuasakan oleh enjin 1.4L DOHC VVT. Selain itu juga, konfigurasi tempat duduk yang pelbagai memudahkan untuk melipat tempat duduk belakang, bagi membolehkan pengguna memuatkan barangan yang besar dan panjang. Penghawa dingin di bahagian belakang dapat memastikan keselesaan semua penumpang dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Ertiga Xtra – harga atas jalan (RM – tanpa insurans)Pilihan warna
v Baharu – tempat duduk lebih gelap
v Baharu – unit utama berskrin sentuh 7”·Ruby Red
v Terbuka untuk tempahan·Carnelian Brown
Premium (AT)Executive (AT)Executive (MT)·Cotton White
62,27859,52556,773·Metal Grey

Selain Ertiga Xtra, Proton turut menawarkan penjimatan yang hebat di sepanjang bulan Ogos, dari RM1,500 bagi Saga, RM3,000 bagi Persona, sehinggalah RM4,000 bagi Iriz dan Ertiga. Jangan lepaskan peluang ini untuk membuat tempahan dan kunjungi bilik pameran Prootn yang berhampiran dengan segera.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply