ARKIB

KATEGORI

Buletin

CV-1 Concept – Kereta elektrik dari pengeluar AK-47

Views

Bila sebut sahaja nama Kalashnikov, sudah pasti minda kita terarah kepada senjata api lagenda, AK-47. Namun kali ini di Army 2018 International Military Technical Forum di Kubinka, syarikat ini membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah kereta elektrik yang dikenali dengan nama CV-1 Concept.

Rekabentuk model konsep ini diinspirasikan dari gaya retro dan menggunakan IZH-21252 Kombi keluaran 1973 dan 1997 sebagai model asasnya. Walaupun rekabentuknya dari zaman tori, beberapa bahagiannya telah diubah seperti jeriji baru dengan kombinasi enam unit lampu LED. Di bahagian belakang, cerminnya digelapkan dan kereta elektrik ini dipasang dengan rim ringan dengan kemasan berwarna putih. Lampu belakang odel ini juga digelapkan dan ia mempunyai port pengecasan di bahagian bampar.

Kalashnikov masih berahsia mengenai spesifikasinya dan hanya mendedahkan model konsep ini mempunyai “beberapa sistem asal” yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tersebut. Ini termasuklah pek bateri modular berkapasiti 90 kWh, sistem pengecasan pantas dan “penyongsang revolusioner”.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Kalashnikov juga tidak mendedahkan berapa banyak motor elektrik yang digunakan oleh kereta tersebut atau bagaimana ia menghasilkan kuasa, namun syarikat tersebut mengesahkan model keonsep ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam enam saat. Dari segi jarak, ia mampu bergerak sejauh 350 km untuk sekali cas penuh.

Ada laporan mengatakan Kalashnikov kini sedang menyasarkan untuk menghasilkan kereta elektrik.  Menurut RBC, jurucakap Kalashnikov Sophia Ivanova berkata syarikatnya bakal bersaing dengan Tesla kerana buat masa ini projek kereta elektrik tersebut telah berjaya namun apabila ditanya beliau tidak mampu memberikan jawapan mengenai kelebihan CV-1 concept berbanding dengan model Tesla.

Berkemungkinan model produksinya nanti tidak akan menggunakan model IZH-21252 sebagai asas. Ia hanya digunakan sebagai unit ujian untuk menguji sistem elektrikal kereta yang kompleks. Kami jangka, ada kemungkinan Kalashnikov akan bekerjasama dengan pengeluar kereta Rusia, LADA untuk mendapatkan model penderma untuk dijadikan kenderaan eletrik mereka nanti. Tapi, jangan berangan pula nak dapat AK-47 sebagai aksesori tambahan ye!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply