UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini memberikan peluang keemasan kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta menerusi “Toyota RM1,000,000 Bonanza” bermula dari 1 Oktober – 31 Disember 2017. Hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000,000 itu termasuklah tiga buah Toyota Camry 2.5 Hybrid sebagai Hadiah Utama dan 100 unit telefon pintar bernilai RM5,000 setiap satu.
Selain itu, promosi untuk bulan Oktober kini sedang berlangsung dengan pelbagai tawaran istimewa untuk pilihan model Toyota. Antaranya rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih dan pakej aksesori Toyota bernilai sehingga RM5,790. Turut ditawarkan, servis berjadual secara percuma (termasuk penukaran alat ganti yang diperlukan) selama tiga tahun untuk model terpilih.
Pelanggan yang membeli salah satu daripada model Toyota terpilih bakal menikmati tawaran seperti:
Model | Promosi rebat tunai |
Vios | Rebat Tunai* sehingga RM3,000 + Aksesori Percuma (bernilai sehingga RM4,100) |
Hilux | RM4,000 DC 2.4G (M), DC 2.4G (A) & DC 2.8G (A) |
Camry | RM7,000 Rebat Tunai + 1 Tahun Servis Percuma |
Altis | RM5,000 Rebat Tunai + Aksesori Percuma (bernilai sehingga RM5,790) |
Innova | RM3,000 Rebat Tunai + 1 Tahun Servis Percuma |
Fortuner | RM3,000 Rebat Tunai |
Avanza | RM2,000 Rebat Tunai |
Sienta | RM4,000 or RM3,000 Rebat Tunai + 3 Tahun Servis Percuma |
(Semua tawaran untuk varian terpilih dan tertakluk kepada Terma dan Syarat, sementara stok masih ada).
Pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan boleh juga melihat tawaran servis Toyota Capital seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan kadar ansuran bulanan yang lebih rendah bagi graduan dan pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seumpamanya, di mana pelanggan boleh berjimat lebih banyak.
Jom ke bilik pameran Toyota di Kelantan dan Terengganu pada 6 & 7 Oktober dan bilik pameran yang lain seluruh negara pada 7 & 8 Oktober untuk menikmati jamuan ringan, aktiviti menarik, sesi pandu uji dan banyak lagi!
Semua model Toyota yang dijual oleh UMW Toyota Motor didatangkan dengan waranti selama lima-tahun dan tiada had perbatuan (kecuali untuk model Toyota Hilux yang mempunyai had perbatuan maksimum sehingga 150,000km). Waranti itu pula boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya selagi ia masih sah. Untuk maklumat lanjut layari www.toyota.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI