ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Toyota Segambut dirasmikan

Views

Baru baru ini sebuah lagi bilik pameran terbaharu Toyota di kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dibuka secara rasmi oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Ia terletak di Pusat Komercial Jalan Kuching, Jalan Kepayang off Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan hanya mengendalikan jualan kenderaan baharu Toyota manakala pusat 2S (servis dan jualan) di kawasan Perusahaan Segambut kini sedang diubahsuai untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan Toyota yang semakin bertambah.

Bilik pameran ini dibangunkan dengan kos bernilai RM1 juta dan merupakan bilik pameran generasi baharu Toyota. Selain suasana bilik pameran baharu yang lebih ceria dan mesra pelanggan, ia juga mampu mempamerkan tiga model dalam satu masa dan dilengkapi dengan sebuah lounge yang selesa buat pelanggan yang boleh melayari internet dengan wifi percuma.

Kini hampir 100 buah pusat jualan dan servis Toyota telah beroperasi dan rangkaian ini akan bertambah seiring dengan peningkatan jumlah pelanggan Toyota serta bakal dipertingkatkan bagi memastikan pelanggan akan merasa teruja dan merasai pengalaman yang menakjubkan. Layari laman sesawang toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

From Left; Mr. Ravindran Kurusamy; President of UMW Toyota Motor; Mr William Chin (husband) & Madam Tan Poh Lee (wife); Mr. Akio Takeyama, Deputy Chairman of UMW Toyota Motor.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply