ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan dipinda – PBT ada kuasa untuk lupus kenderaan terbiar

Views
Banyak Kenderaan Terbengkalai di Malaysia Ini.. Betul Ke? - Sembang Engear #13

Bernama melaporkan kerajaan telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam. RUU itu antara lain akan memberi kuasa kepada Majlis Bandaraya untuk menubuhkan pasukan warden lalu lintasnya sendiri.

Penubuhan pasukan itu juga dapat membantu anggota polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melakukan tugas rondaan dan menjaga lalu lintas di bandar raya besar. Pembentangan tersebut telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

Loke ketika ditemui di lobi Parlimen menjelaskan pindaan baharu itu juga bakal menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melupuskan kenderaan terbiar. Sekarang ini, pihak PBT mempunyai masalah untuk melupuskan kenderaan terbiar di kawasan mereka kerana kebanyakan kenderaan ini masih mempunyai pendaftaran yang sah. Jadi dengan pindaan baharu ini dapat memudahkan kerja PBT melupuskan kenderaan tersebut.

Sementara itu, Loke berkata di bawah pindaan baharu itu juga menteri bakal diberikan kuasa untuk menetapkan caj terhadap penggunaan cermin gelap oleh kenderaan. Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk kerajaan meletakkan caj atau fi terhadap cermin gelap, cuma menteri diberi kuasa untuk beri pengecualian kepada mana-mana individu melalui surat. Tambah beliau lagi, RUU berkenaan tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan oleh kerajaan.

Dalam episod Sembang ENGEAR sebelum ini, kami ada menaikkan isu tersebut. Akhirnya ada juga penyelesaian terhadap masalah ini. Syukur. Jom tonton video yang kami kongsikan semula di atas.

JOM BACA >> Perodua mula tayang iklan acah SUV terbaharunya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply