ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Rekaan digital Proton Exora 2024 karya Saharudin Design, ‘cun’ tak?

Impresi Artis

Views

Agak lama juga kami tidak memaparkan hasil karya daripada sahabat kami, Saharudin Design kan? Individu yang sedang berkhidmat sebagai Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad dan pernah menjadi mantan pereka Proton ini merupakan salah seorang ‘otai’ dalam reka bentuk industri di Malaysia.

Kali ini, Saharudin atau lebih dikenali sebagai Wak menghasilkan karya terbaharunya iaitu Proton Exora 2024. Seperti yang kita ketahui, pengeluaran model Exora secara rasminya telah berakhir setelah tularnya satu foto rangka atau ‘body in whiteterakhir model MPV tersebut dalam kilang pengeluaran Proton di Shah Alam.

Dalam artikel terdahulu, video majlis ringkas bagi ‘memperingati’ tamatnya pengeluaran enjin Campro CFE yang telah dihasilkan sejak 12 tahun lalu telah dimuatnaik ke akaun Instagram @eocmalaysia_official.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dengan pengakhiran enjin Campro CFE, ini juga bermakna kitaran hayat model terakhir yang menggunakannya iaitu Exora juga sampai ke penghujungnya.

Berbalik kepada rekaan digital Exora 2024 karya Saharudin Design, ia menampilkan reka bentuk yang lebih futuristik dan moden.

Menurut Saharudin, beliau ‘pernah terlibat’ pada peringkat awal proses reka bentuk Exora (P6-20A) sebelum meninggalkan studio reka bentuk Proton pada tahun 2007.

Jika anda perasan, Saharudin masih lagi mengekalkan ‘siluet’ dan juga beberapa elemen reka bentuk asal Exora semasa seperti bentuk hud depan serta tingkap kecil pada tiang-D.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Elemen reka bentuk terkini Proton seperti “Infinite Weave” dan “Ethereal Bow” versi baharu turut dimasukkan, namun ia diposisikan pada bahagian tengah bampar depan dan bukannya pada jeriji seperti sebelum ini.

Reka bentuk belakangnya pula kelihatan lebih lebar, dengan lampu belakang yang mempunyai ‘iras’ Civic Ketam (FC) dengan bentuk cermin belakang yang tajam seperti model konsep Lotus APX/Proton MSX.

Secara keseluruhan, pada pendapat penulis rekaan ini amat sesuai menjadi model pengganti Exora kerana ia mempunyai kesinambungan reka bentuk.

Sebelum ini memang ada ura-ura yang Proton akan mengitar semula pelantar Exora sedia ada untuk membangunkan versi serba baharu dengan pintu gelangsar. Namun cerita tersebut lenyap begitu sahaja.

Apa pendapat anda mengenai Exora 2024 karya Saharudin Design ni? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saharudin Design

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply