ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran 3 dimensi (3D) Perodua Myvi generasi ke-4 (G4) rekaan Saharudin Busri

Impresi Artis

Views

Saharudin Busri atau lebih dikenali sebagai Wak sememangnya nama yang tidak asing lagi di laman web ini. Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad dan mantan pereka Proton ini pakar dalam perisian rekaan 3 dimensi (3D).

Rekaan 3Dnya sering dipaparkan di portal permotoran tempatan, bahkan beliau juga turut mempunyai beberapa akaun media sosial rasmi yang menggunakan nama Saharudin Design dengan ribuan pengikut.

Kali ini beliau memaparkan cadangan rekaan 3D Perodua Myvi generasi ke-4 sejak petang tadi. Buat permulaan hanya dua imej dikongsikan yang memaparkan reka bentuk hadapan dan juga belakang Myvi generasi ke-4 versinya.

Sebenarnya, penulis pernah melihat rekaan ini beberapa tahun yang lalu dan setelah membuat sedikit carian, memang rekaan ini pernah dipaparkan oleh beliau pada 28 Disember 2018.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pada ketika itu, rekaan model tersebut menggunakan warna kuning dengan ‘jejalur sukan’ hitam pada bonet. Boleh dikatakan dari arah depan ia sama seperti versi yang dipaparkan pada ketika ini.

Myvi generasi ke-4 ini menampilkan reka bentuk hatchback lima-pintu gaya coupe dengan pemegang pintu belakang tersorok di bahagian tingkap pada tiang-C.

Dari depan ia menggunakan rekaan lampu utama yang bersambung, manakala jeriji berbentuk trapezoid songsang bersama rongga kemasukan udara besar.

Ia diposisikan sedikit rendah dan bergabung terus dengan bampar. Pada bahagian gerbang tayar dan pintu hadapan kelihatan liang udara sisi yang dihiasi dengan kemasan hitam.

Kelihatan juga skirt sisi kemasan hitam pada bahagian sisi. Di belakang, ia kelihatan sedikit konvensional dengan bentuk cermin yang tajam ke bawah.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Lampu belakang menggunakan konsep dua unit (two piece), sama seperti pada model semasa (generasi ketiga). Emblem Myvi Advance (AV) pula diletak pada bucu bawah pintu but belakang, manakala rekaan bamparnya agak ringkas dan kemas.

Sepasang corong ekzos diletakkan dibawah diffuser dengan kemasan hitam berkilat yang turut menjadi tempat meletak nombor plat.

Rekaan spoiler belakangnya juga agak ringkas dan rimnya pula mempunyai bentuk seperti ‘kelopak Bunga Raya’ dengan kemasan dwitona.

Secara keseluruhan rekaan Myvi generasi ke-4 hasil karya Saharudin Busri ini nampak menarik. Pada pendapat penulis ia boleh diolah lagi mengikut trend reka bentuk kereta elektrik (EV) agar kelihatan lebih futuristik.

Apa kata anda pula?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saharudin Design

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply