ARKIB

KATEGORI

Tular

Remaja 13 tahun tikam pemandu Grab ditahan polis

t

Views

Hanya kerana tidak puas hati dimaki ketika mengambil semula wang tambang dipercayai menjadi punca seorang remaja lelaki 13 tahun bertindak di luar kawalan menikam dengan pisau dada kiri pemandu kenderaan itu, semalam.

Bagaimanapun pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja itu untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata berdasarkan laporan, warga emas terbabit menerima pesanan melalui aplikasi Grab jam 5.43 petang semalam untuk mengambil penumpang terbabit di Lorong Taman Keladi, di Sungai Petani.

Sewaktu dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang iaitu remaja lelaki terbabit meminta meminjam wang RM50 untuk membayar sewa rumah.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan, namun remaja terbabit enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu.

Namun sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran RM18 daripada remaja berkenaan dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

Pengadu terpaksa menurunkan penumpang di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20.

Zaidy berkata, sewaktu pemandu itu mahu memulangkan baki, penumpang mengacukan sebilah pisau ke dada kiri dan mahu merampas wang dari poket pemandu namun warga emas itu sempat merampas pisau serta menggigit tangan untuk mempertahankan diri dan suspek melarikan diri.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Berikutan itu, polis merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang dibawa remaja lelaki berkenaan dan ditinggalkan di tempat kejadian.

Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati, remaja lelaki itu adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan kalangan keluarga bermasalah.

Kejadian dipercayai berpunca suspek marahkan pemandu terbabit kerana dimaki dan cuba ambil semula wang bayaran tambang menyebabkan dia bertindak demikian.

Selain itu terdapat rakaman melalui dashcam yang dipasang dalam kenderaan e-hailing berkenaan.

Remaja lelaki itu ditahan jam 10 malam tadi selepas dua jam laporan polis dibuat pemandu e-hailing pada jam 8 malam tadi, manakala pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply