ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Risalah rasmi Proton S70 ‘bocor’ sehari sebelum pelancaran

Foto Tiris

Views

Beberapa foto risalah rasmi Proton S70 telah ‘bocor’ sehari sebelum pelancarannya esok, 28 November pada jam 4:30 petang.

Ia telah dimuatnaik oleh salah seorang ahli group Facebook Proton S70 Malaysian Community (MYS70COM) bernama Benjamin Lee kira-kira sejam yang lalu.

Risalah tersebut memaparkan spesifikasi teknikal dan juga perincian menyeluruh model sedan yang dibagunkan dari pelantar B-Segment Modular Achitecture (BMA) dan bakal menjadi pengganti kepada Prevé.

Kita semua sedia maklum yang Proton S70 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

Tujuh pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula adalah:

  • Marine Blue (Metalik) – 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Armour Silver (Metalik) – 1.5T Premium dan 1.5T Flagship sahaja
  • Quartz Black (Metalik) – 1.5T Flagship X sahaja
  • Space Grey (Metalik) – semua varian
  • Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Passion Red (Solid) – 1.5T Premium dan1.5T Flagship sahaja
  • Snow White (Solid) – semua varian

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kesemua varian S70 dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas. Selain itu, S70 turut diberikan tiga mod pemanduan, iaitu EcoSport dan Comfort.

Berikut adalah perincian perincian ringkas S70 (SS11) mengikut varian:

Varian 1.5T Executive
  • Rim aloi bersaiz 16-inci
  • Saiz tayar 205/55R16
  • Lampu hadapan jenis halogen
  • Lampu siang LED
  • Cermin sisi lipat secara manual
  • Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
  • 5 slot USB, 4 pembesar suara
  • 6 beg udara
  • Paparan meter analog monokrom bersaiz 3.25-inci
  • Pendingin hawa larasan manual
  • Bolong pendingin hawa di belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Kawalan Jelajah
  • Brek parkir elektronik dengan fungsi auto-hold
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantuan Ubah Lorong
  • Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – resolusi 1024 x 600 Linux
  • Kemasan tempat duduk fabrik
Varian 1.5T Premium (tambahan dari varian 1.5T Executive)
  • Lampu hadapan jenis LED automatik
  • Pendingin hawa automatik
  • Cermin sisi auto-lipat
  • Tingkap dengan fungsi anti-trap
  • Jejalur lampu belakang
  • Kemasan balutan stereng dan tempat duduk jenis kulit buatan (leatherette)
  • Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian 1.5T Flagship (tambahan dari varian 1.5T Premium)
  • Rim aloi bersaiz 17-inci
  • Saiz tayar 205/50R17
  • Bukaan pintu but belakang induktif
  • Paparan meter digital jenis LCD bersaiz 10.3-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
  • Enam pembesar suara
  • Unit inforia bersaiz 12.3-inci
  • Tempat duduk pemandu larasan kuasa
  • Mod pilihan talaan stereng
  • Pengecas nirwayar
  • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
  • Sistem pemantau tekanan angin tayar
  • Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0) – Brek Kecemasan Automatik, Amaran Pelanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adapatif Pintar dengan fungsi ‘henti dan mula’, Bantuan Kekal Lorong dengan Amaran Keluar Lorong, Pengecaman Tanda Trafik, Suluhan Lampu Tinggi Pintar
  • Pemantau Tekanan Tayar
  • Arahan Suara (Hi Proton!), navigasi, ramalan cuaca, penstriman muzik secara dalam talian menerusi sistem 4G dan wi-fi terbina dalam
Varian 1.5T Flagship X (tambahan dari varian 1.5T Flagship)
  • Bumbung suria (sunroof)
  • Perakam Video Digital (dashcam)

Harga? Masih lagi rahsia hingga ke hari ini. Apa pun, kita tunggu pelancaran S70 esok!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Benjamin Lee

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply