ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja 16 tahun tiada lesen memandu bawa Lamborghini hingga mengakibatkan kemalangan

Views

Semalam tular di laman Facebook mengenai kemalangan sebuah Lamborghini Avantador yang merempuh sebuah Proton Persona di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam. Menurut maklumat yang disampaikan oleh netizen, Lamborghini Avantador tersebut dikatakan dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh Proton Persona yang berada di lorong bertentangan. Menambah lagi kehangatan cerita ini, dikatakan pemandu Lamborghini Avantador merupakan anak sorang VIP yang baru berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.

Jika dilihat pada foto-foto yang tersebar, Proton Persona itu boleh dikatakan ‘total lost’, dan difahamkan kedua-dua pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan, namun tidak pasti sama ada serius atau cedera ringan sahaja. Siasatan mengenai kes ini telah pun dijalankan oleh pihak Polis.

Kami nak pesan ni, kelajuan bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Tak kiralah supercar ke kereta marhaen yang perasan supercar ke, kena la jaga sikit kaki tu, jangan tau nak menekal pedal minyak je, tengok tempat juga nak memecut. Kalau nak test power kereta sila lah ke litar lumba dan lenjan la sampai barai kereta awak tu. Bila jadi macam ni, nyawa orang yang tak bersalah mungkin boleh melayang disebabkan “kebijaksanaan” anda. Fikir-fikirkanlah.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply