SUPER GT Malaysia 2012 pusingan ke-3 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 10 Jun depan di Litar Antarabangsa Sepang bakal menarik peminat lumba kereta dan bakal menjadi Acara Permotoran Terbesar di Malaysia. Juga diiktiraf sebagai Perlumbaan Grand Touring Terpantas di dunia, pusingan kali ini merupakan satu-satunya perlumbaan SUPER GT yang diadakan di luar Jepun.
Sepanjang hujung minggu tersebut, pengunjung bakal dihidangkan dengan persembahan muzikal, pameran ‘Finest and Rarest Automotive Collection’, merasai suasana ala Jepun di ‘Akihabara Town’ yang lengkap dengan pelbagai gajet, menonton pusingan akhir Playstation Gran Turismo 5 Super GT Cup Tournament dan mengenali dengan lebih dekat pelumba-pelumba berbakat yang ditemuramah.
SUPER GT Roadshows bulan Mei 2012
Sabtu, 12hb Mei,
Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tibanya acara Acara Permotoran Terbesar di Malaysia tahun ini, pelbagai acara menarik akan menanti anda seperti :
- Pengenalan aktiviti SUPERGT Malaysia 2012
- Pra-tonton acara Perhimpunan Kereta Terbesar dengan pemilik kereta eksotik terpilih bakal membawa kereta masing-masing semasa pelancaran tersebut.
- Cabutan Bertuah untuk pembeli tiket- Hadiah termasuk Motorsikal, TV, perisian AntiVirus dan banyak lagi
- Persembahan SUPERGT Queen
- Separuh Akhir SUPER GT Queen Search 2012
- Pusingan Akhir Sony Playstation 3 Grand Turismo 5 Tournament Malaysia
- Aktiviti kebajikan
Jadual Roadshow bulan Mei 2012
- Sungai Wang outdoor 5 Mei
- Bangsar Village II 9 hingga 13 Mei
- KL Auto Saloon, PWTC 17 hingga 20 Mei
- Auto City, Juru Penang 25 hingga 27 Mei
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
memanaskan topik ni dengan cerita terbaik dari ladang:
Cerita ngeri
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.
“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak “jawap pakcik tu simple
aje….
“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.
“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam”
“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…
“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’
——
hehe
p/s: kalau ada super series, GT Japan atau ape2 GT.. model2 memang buat semua gila angau.. haha.. indah sungguh ciptaan Tuhan…huhu..
selamat ke bwk 300km/h atas lebuhraya? kat autobahn aku tak heran la
roadshow ni masuk percuma ke kene bayar
hrap2 xda le jmpa pkcik r*der m*buk lagi kt auto city cm thun lpas…