ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUPER GT 2012 tinggal sebulan sahaja lagi!

Views

SUPER GT Malaysia 2012 pusingan ke-3 telah dilancarkan sebentar tadi oleh  JPM Motorsport di Bangsar Village 2. SUPER GT adalah merupakan Grand Touring Race Series bertaraf dunia di mana ia amat popular dan mempunyai reputasi tinggi di negara asalnya iaitu Jepun. SUPER GT Malaysia 2012 pusingan ke-3 juga merupakan satu-satunya pusingan SUPER GT yang berlangsung di luar Jepun.

Trofi SUPER GT pada tahun ini telah diperkenalkan oleh En. JP Chin, yang merupakan Pengasas JPM Motorsport, En. TJ Chin, Pengarah Urusan JPM Motorsport; En. Yochiro Ueno, MD & CEO  Honda Malaysia dan En. David Tan, Pengarah Urusan Tumasek Pewter.  Ratusan ahli kelab kereta juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Trofi yang berprestij tersebut telah ditaja oleh  Tumasek Pewter, telah disampaikan kepada En. JP Chin oleh En. David Tan. JPM Motorsport juga mengumumkan perancangan mereka untuk menyokong Kids for Kids Charity Foundation, sebuah yayasan yang dikhaskan untuk keSUPER GTbajikan kanak-kanak dengan mendermakan RM50 untuk setiap tiket SUPER GT yang berharga RM100 (hanya di roadshow). Yang bakal menerima sumbangan tersebut ialah Stepping Stones Home, Rumah Kanak-Kanak Angels dan Agathian’s Shelter.

Pusingan separuh akhir SUPER GT Queen Search 2012 juga diadakan selepas pelancaran tersebut. Tiket Grandstand berharga RM100, boleh dibeli secara online di www.ticketcharge.com.my  atau di roadshow. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil JPM atau layari www.supergt.com.my.

Setiap tiket yang dibeli melayakkan anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti TV 50’’ , Camera Kompak , DSLR, Samsung S2, Net Book, Produk Anti Virus dari AVIRA, GARMIN GPS, V Kool Tinting Services, Paint Shield Detailing dam motorsikal dari NAZA.

Orang awam tidak perlu bimbang mengenai aliran trafik dan di mana untuk meletakkan kenderaan kerana pihak penganjur telah menyediakan perkhidmatan Skybus dari KL Sentral ke SIC (maklumat lanjut boleh didapati di http://www.supergt.com.my.)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply