ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rohime Shafie dilantik CEO baharu Proton Edar

Views

Proton Holdings Berhad mengumumkan pelantikan En. Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd (PESB), menggantikan En. Norzahid Bin Mohd Zahudi yang telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan di Proton dan merupakan salah seorang ahli daripada Chartered Institute of Management Accountants UK, Certified Public Accountant Australia dan Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Berkelulusan MBA dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia, beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam industri automotif termasuk Pengurus Besar di Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Presiden di syarikat Honda Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di DRB-Hicom Auto Solution Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad, dan lain-lain lagi.

Berpengalaman selama 28 tahun dalam kedua-dua bidang kewangan dan automotif, beliau akan memainkan peranan penting untuk memastikan peningkatan dari segi jualan di PESB dan penguasaan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Mohd Kenali berkata, “Sekarang ini merupakan waktu yang mencabar bagi Proton dan pelantikan ini akan mengukuhkan lagi pengurusan di PESB demi memperbaiki jualan dan penguasaan pasaran selain memenuhi kehendak pelanggan.”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply