ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syed Zainal bidas kenyataan Azalina mengenai harga kenderaan bakal turun

Views

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today, mantan Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah membidas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Azalina Othman berhubung jangkaan harga kereta bakal turun sehingga 30 peratus menjelang 2018.

Syed Zainal yang telah membawa kembali Proton ke landasan yang betul menyifatkan kenyataan Azalina tersebut sebagai tidak matang dan perlu ada penjelasan yang lebih terperinci bagi mengelakkan salah faham antara pengeluar kenderaan dan orang ramai.

Beliau berkata kepada Free Malaysia Today, “Tidak pernah berlaku dalam sejarah, harga kereta jatuh secara drastik dikala harga barangan lain naik. Pada saya, kenyataan beliau adalah tidak matang dan tidak realistik. Bagaimana cara beliau mahu menurunkan harga kenderaan sehingga 30 peratus, kecuali kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai (duti eksais), ada kemungkinan ia boleh dicapai.”

Azalina baru-baru ini telah membuat kenyataan demikian sebagai jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mengenai adakah harga kenderaan akan diturunkan secara berperingkat mengikut manifesto yang telah dijanjikan pada
pilihanraya umum ke-13 lalu.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply