ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Move ditemui lagi!

Views

spyshots daihatsu move kenari 2016

Sekali lagi kelibat Daihatsu Move sedang melakukan ujian telah berjaya dikesan oleh rakan kita Hasrul Jumari. Kali ini lokasi penemuan model tersebut adalah di Jalan Kuala Selangor menghala ke Sungai Buloh berhampiran Bandar Desa Coalfied. Pada pendapat kami Daihatsu Move ini merupakan unit yang sama dengan yang pernah ditemui sebelum ini.

Kami difahamkan Daihatsu Move tiada dalam perancangan model baharu Perodua kerana untuk tahun ini mereka akan melancarkan model sedan pertama (kodnama D63D) pada suku ketiga. Ia kemudian disusuli dengan projek model gantian Myvi (kodnama D20N) yang dijadualkan pada tahun 2017. Rekaan model ini telah pun siap sepenuhnya dan mungkin Toyota Passo/Daihatsu Boon generasi baharu boleh memberi gambaran rupa Myvi generasi ketiga.

Pada 2018 pula model gantian Alza akan diperkenalkan. Bayangan model ini pernah dipertontonkan dalam bentuk model konsep Daihatsu UFC-3 di International Motor Show 2014 (IIMS 2014) Indonesia. Jadi, kami berpendapat Daihatsu Move ini digunakan untuk menguji sistem keselamatan baharu yang akan digunapakai pada model masa depan Perodua seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB). Jabatan Pengangkutan Jalan akan menjadikan ciri ini sebagai syarat wajib bagi kenderaan baharu pada tahun 2020.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply