Laman Facebook rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad baharu sahaja memuatnaik beberapa keping foto terbaharu yang menampakkan kelibat SUV pertama Proton berwarna merah, pemanduan sebelah kanan (RHD) yang bakal dilancarkan pada penghujung September atau awal Oktober nanti. Jika diamati foto-foto ini, memang tidak syak lagi SUV pertama Proton adalah Geely Boyue versi facelift 2018.
Foto-foto ini diambil semasa pertemuan YAB Tun Dr Mahathir bersama dengan wakil DRB-HICOM dan Kumpulan Geely bagi membincangkan hala tuju Proton Jumaat lalu di Yayasan AlBukhary, Kuala Lumpur. YAB Tun Dr Mahathir juga diberi peluang untuk memandu uji sendiri model tersebut pada sesi tersebut.
SUV Proton akan mempunyai dua fasa, model fasa pertama akan lebih kepada versi penukaran lencana (rebadged) dengan sedikit perubahan kosmetik dengan enjin 1.8 liter TGDI dan transmisi automatik enam-kelajuan, manakala fasa kedua akan memperlihatkan lebih banyak identiti Proton dari segi rekabentuk luaran dan juga dalaman dijangka mempunyai pilihan enjin 1.5 liter TGDI dengan transmisi dwi-klac.
Sedikit maklumat mengenai semasa pertemuan tersebut, YAB Tun Dr Mahathir mencadangkan kepada Geely supaya produk Proton boleh menembusi pasaran China dan Geely bersetuju. Ini bermakna akan ada model dibangunkan oleh Proton sepenuhnya menggunakan pelantar dan teknologi Geely yang akan dipasarkan di China dalam tempoh setahun.
Sebenarnya kami rasa cadangan YAB Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan projek kereta nasional ketiga hanyalah sebagai satu tamparan kepada Proton dan Geely supaya lebih fokus kepada pembangunan produk Proton sendiri dan memperkasakan pasaran jenama tersebut di peringkat global. Ini kerana tujuan asal penubuhan Proton bukan sekadar untuk mengeluarkan kereta, tetapi lebih kepada pembangunan kejuruteraan teknologi automotif.
Kami difahamkan YAB Tun Dr Mahathir akan berangkat ke China bulan hadapan untuk melawat fasiliti Geely. Mungkin ada sesuatu yang menarik akan berlaku di sana nanti. Firasat kami pula mengatakan fasa kedua SUV Proton akan dipertontonkan dalam bentuk model konsep di KLIMS18, tapi jangan la percaya bulat-bulat pulak ye!
KLIK UNTUK BESARKAN
Beza pandangan saya persahaan otomobil ketiga patur tackle golongan yg sgt berkemampuan dan menyelami lubuk yg belum pernah diselam sedalam dalamnya oleh perusahaan tempatan.
Konklusi : Naza + Tesla inc. !!!
Persoalannya mengapa TIDAK?
xyah berangan
Persoalan: adakah proton juga tune ride & handling boyue supaya lebih mantap sepetti inspira?
Visi founder Geely adalah sinergi semua marque di bawah Geely sama seperti yang dilakukan oleh VW Group. jadi tak mustahil Prootn boleh masuk ke pasaran China juga. Cuma bagi saya Proton perlu diberikan ‘kebebasan’ seperti Volvo untuk sedan dan hatchback 1.6l ke bawah
dan juga mungkin mid size MPV dan compact SUV sebab itulah bread and butter Proton dari dulu lagi. Untuk yang mewah serahkan pada Volvo. SUV dan sedan 1.8 ka tas serah pada Geely. Tapi dalam masa yang sama boleh rebadged dan debadged sesama meraka.
kira segment A dan B proton buat, Segmen C biar geely buat dan segment D biar volvo buat