ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Sedan Perodua siap sedia untuk dilancarkan!

Views

Kami baharu sahaja menerima sekeping foto terbaharu sedan Perodua yang dikongsikan oleh Asraf Hadzwan di laman Facebook rasmi Funtasticko.net. Menurutnya foto yang diambil dari luar kawasan kilang Perodua ini telah dijumpai semasa melayari enjin carian Google. Kelihatan beberapa unit sedan Perodua berjaya dikesan berada dalam kawasan pagar kilang tersebut.

Jika artikel sebelum ini memberitahu tarikh pelancaran model tersebut, foto ini boleh dikatakan mengesahkannya. Nampak kecil juga sedan Perodua ini yang dibangunkan dari paltform Axia. Sekali imbas nampak seperti model konsep Perodua Buddyz versi produksi kan? Nantikan kemunculannya!

TERKINI : Foto terpaksa diturunkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

34 Comments


  • Hari perlancaran dijangka 21/7 atau 22/7. Harga yang disasarkan dalam lingkungan 45k -60k menurut sharing drp kengkawan automotif line


  • Pada awalnya kami sangkakan Perodua sedan diasaskan Dari platform myvi atau Vios sesuai dalam segmen-b.. Jika dari platform axia maka ia adalah pesaing Saga berbanding Persona..

    Jika lingkungan harganya 40k-60k mendapat penarafan 5-bintang NCAP untuk semua varian ianya pasti mendapat sambutan sepertimana model Axia..

    Keputusan yang bijak untuk tidak bersaing dengan Persona.. Kerana sedan kecil sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..

    Jika Saga tidak mendapat 5-bintang NCAP maka saga bukanlah saingan Perodua sedan..


    • mungkin persaingan sebenar bermula bila proton dah keluarkan enjin gdi.. walaupun masih belum ada gambar2 saga r yg bocor… sy rasa ia adalah model yg menarik, mungkin ada unsur2 VW


    • Sebenarnya lebih tertunggu² bila Proton produksikan enjin 1.0L Dan 1.2L vvt turbo yang lebih berkuasa Dan lebih menjimatkan berbanding 1.3L NA..

      Mencapai tahap piawaian emisi euro 6c..


    • Yang 5 bintang cuma yg highline… yg lain hanya 4 bintang sahaja….accessories yg di katakan hebat pun cuma ada utk highline version….

      anda rase variant yg mana ramai rakyat malaysia beli?

      at least kalau PROTON, 5 bintang biasanya utk semua variant….


      • Pastilah Varian standard G Dan Varian premium akan mendapat tempat di hati pengguna..
        Harga berpatutan Dan mampu milik..
        Akan rasa tertipu kemudian hari keràna berbeza penarafan tahap keselamatan NCAP..


    • Mmm… xde angin ribut. Tau2 jer dh nk kuar model baru sedan pertama perodua nie. Hebat la perodua. Depa ada skuad penyimpan rahsia terhebat nie:) hehe… X nampak langsung road test depa nie di jalanan. Mgkin la kot depa buat kat luar negara nun jauh di sana. Afrika timbuktu or sahara atau jauh di kutub utara sana:)

      Apa2 pun selamat maju jaya utk model nie. Kalau depa guna platform axia, ada kemungkinan ke model nie dlm range segment A-B? Kerana perodua tentunya akan meletakkan harganya adalah paling rendah dari pesaing dengan spek yg minimal / standard mampu milik buat golongan bawah dan pertengahan.

      Cheers!


  • kalau aku duduk kat marketing Proton, aku akan kacau publisiti Perodua Sedan dengan gimik Saga 2016…buat soft launch, teaser, dan hebohkan selling point Saga baharu ie. safety features, fuel consumption, special features dan harga..buat situasi pembeli excited dan tak terus booking Perodua Sedan ni…


  • Ada sumber dalam bagitahu, tiba-tiba ada masalah enjin dikenal pasti. Tak pasti lah akan beri kesan pada tarikh pelancaran ke tak. Harap dapat selesaikan masalah tu cepat dan launch on time


        • Mmm… sy respond pasal risiko jika sesuatu model kalau x buat road test. X plak sy kata Bezza x buat road test n hanya guna simulation sahaja n sebab itu ada masalah. Adik2 semua, baca betul2, x faham nanti uncle babab kang:P. Semua org pun tertanya2 bagaimana road test Bezza nie dilakukan kn? Thread sy sebelum nie pun ada sy tanya gak.

          Pembangunan keseluruhan model ini dibangunkan di fasiliti rakan kongsi perodua; Daihatsu di Jepun. Setelah model itu siap ia dibawa ke Malaysia dan pembangunan seterusnya dari aspek ujian dilakukan di litar ujian pandu uji perodua yg baru siap di bina di sini. Sbb tu susah sgt spyshot nk dapat berkenaan model bezza nie. Ia merupakan litar simulasi yg menyerupai keadaan sebenar lengkap dengan selekoh panjang, cerun bukit dan permukaan-permukaan khas (berbatu, bergelombang, berlubang dll.) Perodua mendakwa mereka mempunyai cukup fasiliti untuk semua ujian yang diperlukan. 100% road test di litar ujian depa.

          Keseluruhan rekaan luaran dan dalaman kabin bezza adalah drp team designer perodua n pembangunannya dibantu oleh team drp Daihatsu. Model nie disasarkan utk pasaran m’sia dengan pengunaan bahan kandungan tempatan yg paling tinggi dikalangan pesaing dan utk pasaran luar ia akan menggunakan jenama Daihatsu. 5 star Asean ancap utk model advance dan varian lain hanya mendapat 4 star jer. Oh ya, bezza nie adalah dlm segment A, setakat nie mitsu attrage adalah saingannya dan menyusul adalah Saga R, itupun dlm segment A+. Saiz model nie agak kecil sket berbanding pesaing (Attrage, saga), tapi menyediakan ruang bagasi paling luas dlm segmentnya, cuma saga R x tau lagi setakat nie. Disebabkan memberi ruang luas pada bahagian bagasi, seat belakang agak kurus dan sedikit menegak, sesuai utk kereta2 urban bandar. Utk long distance.. kena fikir sendiri la:) Nama Bezza dipilih kerana perodua mendakwa model nie agak berbeza, itulah inspirasinya; lain drp yg lain, satu2nya model EEV sedan pertama mampu milik. Depa kata Eco idle jimat minyak.

          So.. apa lagi yg korang kononnya tahu sumer, nk tau:P Nie serba sedikit perkongsian info bagi mereka yg tak tau n nak tau. Kalau ada lagi, tambah lerr…

          Cheers!


      • Apa la jurutera Toyota/Daihatsu powertrain tu buat agaknya. Oh ya, TEST POWER TRAIN YANG DAH MEMANG RELIABLE FROM SIMULATION TO LAB TO REAL LIFE LA. Apa la lu mat.


      • Tidak perlu RnD sangat.. Penjimatan kos RnD adalah perkara utama yang sangat ditekankan..
        Kos RnD yang rendah meniñgkatkan / memaksimumkan keuntungan..


  • dari pembacaan, khabarnya Perodua akan tawarkan dua sesaran enjin, 1.0L dan 1.3L.. dan mungkin akan keluarkan varian 1.5L

    sy cadangkan Perodua sedan ni ada sesaran enjin 1.8L, 2.0L dan 2.5L.. jadi Perodua boleh kuasai kesemua segmen sedan yg ada kat pasaran..


  • tu dia….model yg akan laku mcm goreng pisang panas yg sedap,,,tahniah p2 kerana akan memberi pilihan yg terbaik kepada konsumer malaysia….sy expect jumlah jualan 3:1 dgn proton persona R


    • Nampaknya proton kena menawarkan sesuatu yang lebih pada saga R jika hendak bersaing dengan perodua sedan ini. Sekiranya masih menawarkan pakej yang sama, agak sukar untuk Saga R bersaing dari segi jualan. Ditambah lagi proton masih menggunakan enjin campro dan CVT punch.. Nak tunggu enjin dan cvt yang lebih baik, pengguna terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.


      • Enjin vvt euro4 Iriz jauh lebih jimat berbanding campro Saga flx..

        CVT Iriz jauh lebih senyap Dan cepat berbanding CVT Saga flx..

        Saga³ 2016 pasti sebaik Iriz atau lebih baik..


  • kita tunggu dan lihat..

    cabaran Bezza, Proton Saga dah sinonim dengan rakyat Malaysia, sudah ada kat pasaran lebih 30 tahun..

    bezza perlu utk ‘menyelit’ masuk ke dalam pasaran yg dah bertahun tahun dikuasai Saga tanpa ada pesaing yg benar2 setanding..

    ke-2, nampaknya Bezza tak mampu untuk tawarkan pakej harga seperti apa yg Proton tawarkan dekat Saga, ringkasnya.. sebuah kereta rakyat yg mampu dimiliki oleh golongan yg berpendapatan sederhana..

    sy rasa dua factor ni mungkin akan menidakkan ramalan jualan 1:3 (bezza : saga)

    factor lain hanya diketahui selepas Saga R dilancarkan..

    factor tu adalah, rekabentuk Saga R, dan tak ketinggalan fuel consumption Saga R..

    mungkin ramai tak sedar, saga adalah sebuah kenderaan eev.. cuma ia tak ditonjolkan oleh proton


    • Mengikut kajian Bezza akan mencuri 10% hingga 20% pasaran Saga dan mencuri 5% hingga 9% pasaran Persona..
      ‘Maksudnya’ kehadiran Bezza dalam pasaran akan mengurangkan jualan Saga sehingga 20% dan jualan Persona sehingga 9%.. Kehadiran satu lagi sedan baru di pasaran memberikan pilihan yang lebih kepada pengguna..
      Begitu juga dengan kereta import segment-A akan merosot jualannya 40% hingga 50% dengan kehadiran bezza..

Leave a Reply