PUBG MOBILE, permainan mudah alih popular global, secara rasminya mengumumkan kolaborasi baharu bersama pengeluar kereta legenda Amerika, Shelby American, di bawah lesen eksklusif Carroll Shelby Licensing, Inc.
Bermula 9 Mei hingga 6 Julai 2025, medan tempur maya PUBG MOBILE bakal digegarkan dengan dua jentera klasik paling ikonik dalam sejarah automotif, iaitu Shelby GT500 dan Shelby 427 Cobra.
Kedua-dua model datang dengan rekaan unik dan ciri yang boleh disesuaikan untuk pemain yang ingin tampil bergaya sambil menguasai permainan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Shelby GT500 hadir dalam dua versi, kemasan hitam dan merah yang garang dan versi Retro Invader dengan sentuhan klasik dan berani.
Manakala Shelby 427 Cobra, jentera lagenda litar perlumbaan, ditampilkan dalam kombinasi biru dan putih abadi serta edisi Inkstorm yang memikat.
Pemain juga boleh memperoleh lampiran kenderaan eksklusif bertemakan Shelby, termasuk spoiler dan sistem ekzos empat pada 427 Cobra, serta belon roket dan piring terbang pada GT500.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Lebih menarik, selepas mengumpul semua varian GT500, pemain boleh membuka ganjaran kejayaan koleksi GT500 eksklusif sebagai simbol pencapaian.
Menurut Ketua Penerbitan PUBG MOBILE di Tencent Games, Vincent Wang, Shelby American ialah nama yang tersohor dalam kalangan peminat kereta dan pencari keseronokan di seluruh dunia. Pihaknya berbesar hati membawa dua kenderaan lagenda ini ke PUBG MOBILE.
Ketua Pegawai Eksekutif Carroll Shelby Licensing, Inc., M. Neil Cummings turut menambah, kenderaan Shelby direka untuk kelajuan, prestasi dan ekspresi berani. Mereka amat teruja memperkenalkan pengalaman Shelby kepada generasi pemain baharu di seluruh dunia.
Rebut peluang eksklusif ini dan muat turun PUBG MOBILE hari ini secara percuma di App Store dan Google Play Store.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI