ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Auto Connexion lancar chatbot dalam versi beta

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah melancarkan chatbot dalam versi beta di laman sesawang www.sdacford.com.my dan menjadi laman automotif pertama dengan pelbagai pilihan bahasa! Inisiatif tersebut merupakan sebahagian dari usaha-usaha berterusan SDAC untuk berhubung bersama para pelanggan mereka dengan pendekatan yang mesra, pantas dan mudah.

Sime Darby Auto Connexion berasa bangga untuk menghidupkan chatbot pertamanya bagi membantu para pelanggan pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada, menetapkan peringkat baru pengalaman pelanggan dalam perolehan maklumat mengenai kenderaan, perkhidmatan, bantuan dan perkara-perkara lain, dengan pantas.

Buat masa ini, chatbot tersebut hanya didatangkan dalam Bahasa Inggeris dan ia mampu melayan para pelanggan menerusi antaramukanya yang mudah dan berbentuk bualan. Ini akan membolehkan para pelanggan memulakan perbualan ringkas serta melontarkan soalan-soalan yang kerap ditanya, yang akan dibalas dengan jawapan pantas oleh bot tersebut.

Sebagai contoh, pelanggan boleh bertanyakan kepada chatbot tersebut “Di manakah pusat servis terdekat?”, “Apakah nombor panggilan untuk bantuan?” atau “Berapakah harga Ford Ranger XLT?”, dan mereka akan menerima jawapan yang mudah untuk difahami. Disamping pelancaran chatbot tersebut, laman web www.sdacford.com.my kini boleh diakses dalam pelbagai bahasa. Ia kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ringkas selain Bahasa Inggeris.

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan model-model kenderaan terbaru, berita dan pengumuman. Selain itu mereka juga boleh menempah sesi pandu uji, temujanji penyelenggaraan, dan banyak lagi. Kunjungi www.sdacford.com.my untuk bersembang dengan chatbot dan lihat pembaharuannya.!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply