ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIDEO : Inilah akibatnya bila menukar laluan secara membuta tuli

Views

Bila penglihatan kita terlindung sebab ada kenderaan berat seperti lori atau bas, janganlah memandai-mandai nak menukar laluan secara membuta tuli. Jangan main terjah je dari lorong pertama ke lorong ke tiga kerana kita tidak nampak apa yang berada di sebelah kenderaan berat itu. Bila dah jadi macam ni dah menjahanamkan kenderaan lain yang tidak berdosa dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Rakaman video dari dashcam ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pemandu supaya sentiasa berwaspada dan jangan bertindak melulu semasa di jalan raya. Katanya beberapa kenderaan yang tidak bersalah termasuk Opel Astra yang membuat onar itu mengalami kerosakan. Tidak dapat dipastikan apa nasib pemandu dan penumpang yang terlibat, diharapkan kesemuanya selamat.

Pesanan kami sentiasalah berwaspada dan bertimbang rasa semasa di jalan raya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply