UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memulakan suku kedua 2017 dengan melancarkan acara bertemakan Karnival yang membawakan produk terkini ke seluruh negara. Dikenali dengan nama ‘Toyota Go 2017’, acara ini akan diadakan pada April dan Mei ini di 13 lokasi terpilih seperti berikut:
No. | Bulan | Tarikh | Masa | Wilayah | Tempat |
1 | April | 8-9 | 10pg – 10mlm | Utara | AEON Mall Kinta City, Ipoh |
2 | 15-16 | 12tgh – 12pg | Utara | Juru Auto City, Seberang Perai | |
3 | 15-16 | 10pg – 10mlm | Sabah | Giant Hypermarket Outdoor Carpark, Sandakan | |
4 | 22-23 | 10pg – 10mlm | Tengah | AEON BiG, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras | |
5 | 22-23 | 9pg – 9mlm | Sabah | Stadium Likas, Kota Kinabalu | |
6 | 29-30 | 10pg – 10mlm | Selatan | Mydin Wholesale Hypermarket, Ayer Keroh, Melaka | |
7 | Mei | 6-7 | 10pg – 10mlm | Tengah | AEON Mall, Shah Alam |
8 | 6-7 | 10pg – 10mlm | Selatan | Angsana Mall, Johor Bahru | |
9 | 6-7 | 9pg – 9mlm | Sarawak | Boulevard Mall Outdoor Carpark, Miri | |
10 | 12-13 | 10pg – 10mlm | Pantai Timur | AEON Mall, Kota Bharu | |
11 | 13-14 | 9pg – 9mlm | Sarawak | Sibu Gateway, Sibu | |
12 | 20-21 | 10pg – 10mlm | Pantai Timur | Stadium Darul Makmur, Kuantan | |
13 | 20-21 | 9pg – 9mlm | Sarawak | Travillion, Kuching |
Pengunjung karnival Toyota Go 2017 boleh melihat dan emandu uji barisan penuh model yang ditawarkan oleh UMWT selain mendapatkan tawaran hebat yang menjimatkan semasa membuat tempahan di lokasi acara berlangsung. Selain itu, pengunjung boleh mengenali lebih dekat lagi mengenali acara sukan permotoran yang bakal diadakan oleh Toyota di Malaysia, termasuklah acara khas perlumbaan Vios Challenge di TOYOTA GAZOO Racing – Racing Festival Malaysia, yang bakal membuka tirai pada bulan Ogos.
Mereka yang berkunjung ke acara ini juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen “Care That Amazes” yang khusus buat pemilik Toyota, merangkumi waranti selama lima-tahun/tanpa had perbatuan, perkhidmatan bantuan 24SEVEN Road Assist secara percuma dan pelbagai lagi. Toyota turut membuka pusat sehenti yang membantu pelanggan menyemak pakej Careplus, mendapatkan pemeriksaan kenderaan 38 titik percuma dan menilai harga tukar-beli kenderaan yang akan dibuat oleh TopMark. Untuk mereka yang memerlukan pembiayaan, panel UMWT turut menanti anda untuk menawarkan pakej pinjaman sewa-beli dengan kadar faedah yang menarik.
Pemilik juga boleh menyemak status kenderaan mereka jika tersenarai untuk Kempen Servis Khas atau Special Service Campaign (SSC) dan pada masa yang sama, pelanggan yang terlibat dalam penggantian beg udara, mereka boleh menukar beg udara tersebut di gerai khas yang disediakan. Toyota Go 2017 juga menawarkan keseronokan dan kemeriahan untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan daripada selebriti terkenal, pawagam terbuka di mana penonton boleh menonton filem di bawah kerlipan bintang, permainan, hadiah percuma dan aktiviti untuk kanak kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini sila layari laman sesawang toyota.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
Mari ramai-ramai ke Siri Jelajah Toyota Go 2017 dan saksikan model terkini serta uji pandu sekali..