ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas KRISS MR2 dilancarkan – Lebih jimat, penuh bergaya!

Views

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad telah melancarkan model terbaru KRISS MR2 petang semalam. KRISS MR2 tampil dengan reka bentuk yang lebih menawan dijual pada harga mampu milik iaitu RM3,890.00 (tidak termasuk GST). Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu, Canary Yellow, Celebration Red dan Strike Blue. Ia dilengkapi enjin 110 cc empat lejang yang mematuhi piawaian Euro 3 yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.2 kW pada 7,500 rpm serta digandingkan dengan transmisi empat-kelajuan yang menggunakan sistem Gear Rotary.

Antara ciri ciri menarik KRISS MR2 adalah lampu hadapan dengan pencahayaan yang lebih terang, paparan meter yang lebih jelas dan menarik, suspensi belakang dengan penyerap hentak dwi kejutan, reka bentuk yang lebih aerodinamik, tangki minyak berkapasiti 4.5 liter dengan jarak perjalanan sejauh 200km, ruang simpanan barang yang luas berkapasiti 6.6 liter beserta ruang simpanan untuk kit penyelenggaraan di bawah tempat duduk, rim aloi bersaiz 17 inci, brek cakera hadapan, sistem kunci 3 dalam 1 yang mudah dan sistem peredam berspeksifikasi Euro 3.

Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017a

Modenas yakin KRISS MR2 mampu menguasai sebanyak 10 peratus pasaran segmen ini menjelang akhir tahun 2017. Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS / Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) Amirudin En. Abd Kadir, berkata keyakinan itu disokong oleh permintaan yang meningkat terhadap motosikal mampu milik ketika situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang. MODENAS turut mensasarkan untuk mencapai jualan keseluruhan sebanyak 60,000 unit dalam pasaran tempatan dan serantau menjelang akhir tahun dan bakal membuka Pusat Latihan yang kedua di Pusat Servis Subang pada pertengahan bulan April 2017 bagi memberi sokongan kepada perkhidmatan selepas jualan dan rangkaian pengedar yang lebih sistematik.

Info dan gambar dari GearTinggi.com

KLIK UNTUK BESARKAN

Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017 Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017a Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017b Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017c Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017d Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017f Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017g Modenas-Kriss-MR2-Canary-Yellow-2017h Modenas-Kriss-MR2-e1491521841296

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments

Leave a Reply