ARKIB

KATEGORI

Buletin

SISMA Auto lebarkan sayap Jaguar Land Rover di Utara

Views

SISMA Auto (Utara) Sdn Bhd telah merasmikan pembukaan bilik pameran baharu Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah di Pulau Pinang baru baru ini. Ia sekaligus melengkapkan pusat servis Jaguar Land Rover SISMA Auto Utara di Sungai Pinang yang telah beroperasi sejak 2015.

Cawangan Pulau Pinang merupakan yang ketiga bagi SISMA Auto selepas pusat 3S utamanya di Glenmarie dan bilik pameran di Bukit Bintang yang terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan dan pelancongan bandaraya Kuala Lumpur. Bilik pameran pameran tersebut terletak di tapak seluas 28,000 kaki persegi dengan tempat letak kereta yang banyak.

Karnival Hujung Minggu Jaguar dan Land Rover juga telah pada 3 dan 4 Disember 2016 dari 10 pagi hingga 5 petang. Jaguar atau Land Rover kini menawarkan rebat tunai yang hebat bagi model-model terpilih, termasuklah model salun sport kompak Jaguar XE (rebat sehingga RM25,000) dan salun sport XF (rebat tunai sehingga RM60,000), Range Rover Evoque yang bergaya (rebat tunai sehingga RM80,000) dan SUV Land Rover Discovery Sport tujuh tempat duduk (rebat tunai sehingga RM100,000).

Untuk pertanyaan mengenai produk, pandu uji dan perkhidmatan selepas jualan, sila hubungi SISMA Auto Utara di 04-226 2279 (Jualan) dan 04-288 1155 (Servis)

KLIK UNTUK BESARKAN

l-r-datuk-aishah-tuan-syed-hussain-dato-sri-tan-and-syed-khalil l-r-datuk-aishah-tuan-syed-hussain-syed-khalil-and-dato-sri-tan-with-the-f-pace l-r-syed-iskandar-datuk-aishah-tuan-syed-hussain-syed-khalil-dato-sri-tan sisma-auto-utara-dual-brand-jaguar-land-rover-showroom_angle-land-rover_lr

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply