ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal dua varian tambahan Camry

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru baru ini memperkenalkan dua varian tambahan baharu untuk model sedan Camry. Varian tersebut adalah Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0G X, dan berada di antara varian Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0E.

Berikut adalah senarai harga bagi kesemua varian Toyota Camry.

  • Camry 2.5 Hybrid Luxury – RM174,900
  • Camry 2.5 Hybrid Premium – RM164,900
  • Camry 2.0G X – RM159,900
  • Camry 2.0E – RM152,900

Apa yang menarik mengenai Toyota Camry?

  1. Toyota Camry telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
  2. Masih mengekalkan enjin 6AR-FSE 2.0 liter empat-silinder petrol dengan VVT-iW dan D-4S pancitan terus dan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik Super ECT.
  3. Untuk varian hibrid juga masih mengekalkan enjin 2AR-FXE 2.5 liter VVT-i empat-silinder petrol yang digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 143 PS/270 Nm dengan bateri nickel-metal hydride. Kombinasi ini dipadankan dengan transmisi e-CVT.
  4. Semua varian kini dilengkapi tujuh beg udara (termasuk beg udara lutut), VSC, Kawalan Cengkaman dan Bantuan Cerun sebagai ciri standard.
  5. Varian Hybrid Luxury pula ditambah dengan Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Kenderaan Di Belakang.
  6. Varian ini juga turut dilengkapi dengan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara Green Edge dan kesan bunyi Surround 5.1 Channel.
  7. Varian 2.0G X dilengkapi pengecaj tanpa-wayar Qi untuk pengecasan peranti pintar atau tablet tanpa wayar
  8. Rim aloi bersaiz 17 inci telah menggantikan rim aloi 16 inci pada varian 2.0G X sebelumnya.
  9. Varian 2.0G X mendapat sentuhan upholsteri berwarna coklat gelap dan kemasan kayu Mughal Teak.
  10. Varian 2.5 Hybrid Luxury, 2.5 Hybrid Premium dan 2.0G X kini dilengkapi pelindung matahari di cermin belakang dan ia boleh digerakkan dengan menekan satu butang pada papan pemuka. Pelindung matahari pada tingkap sisi belakang pula digerakkan secara manual.
  11. Varian 2.5 Hybrid Premium dan 2.0G X menampilkan butang pelaras tempat duduk penumpang hadapan sekaligus memberi keselesaan dan lebih ruang di kaki kepada penumpang di belakang.
  12. Perakam video digital (Digital Video Recorder atau DVR) dipasang sebagai alatan standard pada ksemua varian Hybrid, namun peranti ini ditawarkan sebagai pilihan pada varian 2.0L X dan E.
  13. Kesemua varian Camry diberi jaminan selama lima tahun. Pek bateri untuk varian hibrid pula diberi waranti berasingan selama lapan tahun.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang toyota.com.my atau terus ke bilik pameran Toyota yang berhampiran atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

04-gx-key-dashboard_client1 Print Print Print Print Print camry-brochure-02-gx-front camry-brochure-03-hybrid-front-quarter camry-gx-cut-car-2016_clear-sky

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply