ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia serah 100 unit smart #1 dalam tempoh sebulan

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia baru-baru ini berjaya mencatatkan pencapaian luar biasa dengan pengedaran sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1 dalam tempoh sebulan.

Kejayaan ini didorong oleh kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 yang terletak di lokasi strategik, bagi memastikan majoriti pembeli menerima kereta mereka dalam masa yang singkat.

Pakar jualan yang terlatih dan berdedikasi juga memainkan peranan penting di dalam mengendalikan setiap aspek dan butiran termasuk penyelarasan proses penghantaran kereta.

Kesediaan dan kepakaran mereka memastikan para pelanggan menikmati pengalaman pembelian yang lancar dari pemilihan sehinggalah kepada pemilikan kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kemudahan aplikasi digital yang canggih dan komprehensif mengukuhkan lagi kejayaan ini, menjadikan proses pembelian kenderaan menjadi cepat dan efisien.

Stok kenderaan yang tersedia lebih awal sebelum pelancaran rasmi smart #1 bukan sahaja memperlihatkan dedikasi terhadap penghantaran kenderaan, bahkan mencerminkan usaha yang jitu bagi memastikan kepuasan para pelanggan.

Ini merangkumi persediaan ujian pandu kenderaan yang lancar, unit pameran yang mencukupi, persiapan komprehensif yang memudahkan pendaftaran awal dan akses tanpa gangguan kepada kenderaan terbaharu.

Selain itu, para pelanggan turut mengiktiraf teknologi canggih, reka bentuk, keselesaan, dan sistem ketersambungan yang lancar pada smart #1.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Encik Zhang Qiang, pencapaian ini amat menggembirakan mereka dan gembira melihat pelanggan menemui kualiti ini di dalam smart #1.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sebagai tanda penghargaan, para pelanggan awal telah menerima jaminan dengan tawaran istimewa iaitu pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 beserta jaminan selama dua (2) tahun.

Tawaran ini juga dilengkapkan dengan pakej jaminan standard untuk memberi pengalaman pembelian yang menyakinkan.

Bagi meraikan kejayaan luar biasa ini, smart Malaysia telah menghasilkan sebuah klip video khas yang memaparkan penghantaran 100 unit smart #1.

Ia adalah bagi mengiktiraf 100 pemilik pertama yang telah menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap perkhidmatan luar biasa yang disediakan selain keseluruhan ekosistem smart #1.

Tambah Zhang Qiang lagi, pencapaian penting ini bukan sahaja membuktikan kejayaan smart Malaysia malah turut mencerminkan permintaan dan minat yang semakin memberangsangkan terhadap penyelesaian mobiliti yang mampan di rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply