ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar warga China retak tulang jari, trauma dipukul pemandu e-hailing

Berita Tempatan

Views

Malang menimpa seorang penuntut warga China yang melancong ke bandar raya ini apabila dipukul berkali-kali dengan kerusi lipat besi oleh seorang pemandu e-hailing pada Sabtu lalu.

Mangsa dikenali, Miss Yuan, 22, berkata, dia segera pulang ke kediamannya di Serdang, Selangor kerana bimbang pemandu terbabit datang semula ke lokasi penginapannya di sebuah hotel di sekitar daerah ini.

Menurutnya, akibat kecederaan dialami, dia telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Sabtu dan turut menghubungi Kedutaan China bagi mendapatkan nasihat.

Kata Miss Yuan, tulang pada dua jari tangan kanannya retak selain lebam di badan termasuk di muka.

Malah, pihak kedutaan (China) juga menasihatkannya supaya membuat laporan polis di Kuantan dengan bantuan YB (Yang Berhormat) Sim (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dia berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar bersama Chon Siang di pejabat ADUN Teruntum, di sini pada Selasa. Penuntut jurusan Ekonomi di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu memaklumkan laporan polis berhubung kejadian itu telah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Isnin.

Menurutnya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap pemandu e-hailing terbabit kerana tindakannya boleh membahayakan penumpang lain.

Dia berharap polis Malaysia dapat mengenakan hukuman setimpal kepada pelaku (pemandu e-hailing) kerana selepas insiden itu, dia masih dihubungi.

“Saya juga menuntut imbuhan perubatan dari pihak e-hailing terbabit disebabkan kejadian ini,” ujarnya.

Dia bersama seorang lagi rakannya yang juga pelajar warganegara China datang ke Kuantan selama dua hari untuk melancong sekitar daerah Kuantan sejak Jumaat lalu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Bercerita lanjut mengenai kejadian tersebut, Miss Yuan berkata, pemandu e-hailing tersebut ada berkata sesuatu menggunakan bahasa Melayu yang tidak difahami sebelum bertindak memukulnya ketika menuju ke hotel.

Dia mengakui bingung apabila tidak mengetahui motif sebenar pemandu tersebut memukulnya. Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau terus menghubungi mangsa dan membawanya hadir membuat laporan di Ibu pejabat Polis (IPD) Kuantan pada tengah malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu mangsa mendapatkan pembelaan sewajarnya selain bertanggungjawab menanggung sebarang kos yang dihadapi setelah insiden tersebut.

Ujar Chon Siang, dari segi perubatan (rawatan), kita akan lihat berapa jumlah dan kerajaan akan bantu. Kemungkinan perkara sudah sampai Kedutaan China dan ia menjejaskan imej baik Pahang.

Jadi, beliau berharap kerajaan dapat ambil tindakan sepatutnya terhadap pemandu terbabit.

Chon Siang turut menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang di masa akan datang membabitkan pelancong yang datang ke negeri ini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sim Chon Siang 沈春祥

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply