ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPEKULASI : Li Chun Rong bakal jadi Pengerusi Proton?

Views

Akhirnya khabar angin yang kami dengar sejak beberapa minggu lalu mungkin menjadi kenyataan. Berita Harian telah melaporkan
Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sedang mencari calon sesuai sebagai Pengerusi baharu Proton Holdings Bhd. Menurut maklumat yang telah diperolehi dari laman web industri automotif China, Gasgoo, buat masa ini belum ada calon sesuai walaupun ada spekulasi mengatakan tokoh permotoran terkenal China iaitu Li Chun Rong bakal dilantik ke jawatan tersebut.

Chun Rong, 53 tahun ketika ini adalah Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company. Dengan pegangan 49.9 peratus ekuiti dalam Proton dan 51 peratus saham dalam Lotus Group, Geely mempunyai hak untuk menentukan dua jawatan utama dalam pengeluar kereta nasional itu berdasarkan perjanjian yang telah dimeterainya bersama DRB-Hicom.

BACA >> Proton Knight : Gambaran SUV pertama Proton?

Berdasarkan perjanjian tersebut, Geely akan mengawal operasi Proton manakala Lembaga Pengarah Proton pula masih di bawah DRB-Hicom, secara asasnya perlantikan itu menjadi hak Geely sebagai rakan strategik. Sebelum ini, perkara tersebut tidak pernah ditimbulkan dan calon tidak semestinya dari China atau mana-mana negara luar kerana mereka boleh mengekalkan pengurusan sedia ada.

Individu yang akan dilantik oleh Geely semestinya dapat menjayakan pelan transformasi Proton dan seharusnya dilihat sebagai perkembangan positif dengan mencontohi kejayaan pelan pemulihan Malaysia Airlines Bhd dengan pelantikan Christoph Mueller. Apa yang penting jenama Proton perlu dinaikkan kembali tanpa memikirkan isu siapa yang menjadi ketuanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply