ARKIB

KATEGORI

Buletin

Spesifikasi Toyota C-HR didedahkan!

Views

Laman web Toyota versi Bahasa Jepun telah mendedahkan sebahagian perincian mengenai spesifikasi model crossover kompak Toyota C-HR varian 2.0 liter CVT. Model ini juga bakal memasuki pasaran rantau ASEAN dengan spesifikasi yang hampir sama.

C-HR akan dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter beraspirasi semulajadi (naturally aspirated) yang menghasilkan 150 PS pada 6,100 rpm dan 193 Nm tork pada 3,800 rpm. Berkemungkinan, ia merupakan unit enjin 3ZR-FE Dual VVT-i yang digunakan model Corolla Altis (145 PS pada 6,200 rpm dan 187 Nm pada 3,600 rpm). Cuma untuk crossover ini kuasanya telah dinaikkan sedikit untuk memberikan prestasi yang lebih mantap.

Ia dikombinasikan bersama transmisi CVT dengan pacuan roda hadapan dan apa yang agak mendukacitakan tiada versi pacuan empat roda ditawarkan untuk varian dengan kapasiti enjin tinggi ini walaupun untuk pasaran domestik Jepun.

Jika pembeli mahukan versi pacuan empat roda, mereka terpaksa memilih varian dengan kapasiti enjin 1.2 liter turbocharged yang mempunyai output lebih rendah (116 PS/185 Nm) yang bergandingan dengan pilihan transmisi CVT atau manual enam-kelajuan.

chr4

Toyota turut menawarkan versi hibrid untuk pasaran di Jepun dengan enjin 1.8 liter VVT-i berkuasa 98 PS/142 Nm yang digabungkan bersama motor elektrik berkuasa 72 PS/163 Nm. Enjin ini sebenarnya adalah unit sama yang digunakan oleh Prius baharu dan hanya ditawarkan dengan pacuan roda hadapan sahaja. Menurut Toyota, versi hibrid ini hanya melepaskan karbon dioksida serendah 90 gram untuk setiap kilometer.

C-HR dibangunkan dari platform modular Toyota New Global Architecture (TNGA) baharu dan juga merupakan model yang kedua menggunakan platform tersebut selepas Prius baharu. Dinamik pemanduannya dikatakan standing dengan ketepatan dan kawalan hatchback dalam segmen-C kerana penggunaan platform yang telah diperhalusi dan pusat graviti yang lebih rendah sekaligus menjadikan pemanduannya lebih jitu.

Toyota C-HR dijangka berentap dengan pesaingnya yang tidak kurang hebatnya seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3 apabila ia dilancarkan ke pasaran Malaysia kelak. Dalam artikel sebelum ini, kami telah membuat spekulasi kemungkinan model C-HR dijenamakan semula sebagai Perodua untuk memastikan harganya mampu memikat pembeli yang berpotensi. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat!

chr1 chr2 chr3 chr4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply