ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPEKULASI: Toyota C-HR akan muncul di Malaysia dengan jenama Perodua?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Pada asalnya Toyota C-HR diperkenalkan sebagai kereta konsep untuk jenama Scion yang diwujudkan untuk menarik minat pembeli muda di Amerika Syarikat dan dijadualkan untuk pelancaran tahun ini. Setelah memberi Scion 13 tahun untuk menjadi satu nama yang kukuh, Toyota membuat keputusan untuk menghentikan jenama tersebut walaupun ramai pemerhati yang mengatakan C-HR ialah moel yang akan menjadikan Scion satu jenama popular.

Toyota tidak sentimental, ia pragmatik hingga ke tunjang dan bila sesuatu projek sudah tidak boleh berjaya, ia akan menghentikannya dan kalau ianya berpotensi, gergasi Jepun itu tidak akan teragak agak untuk melabur besar.

Setelah versi produksi C-HR diperkenalkan di Geneva semalam, ramai pemerhati industri berkata ini adalah langkah yang baik untuk Toyota memasuki SUV kompak segmen B dan berpotensi menjadi model yang amat popular.

Kejayaan model Honda H-RV di Malaysia telah meragut tempat teratas jenama impot di Malaysia yang menjadi kebanggan Toyota selama beberapa dekad dan sudah tentu mereka mahu menjadikan C-HR sebagai satu strategi untuk menduduki semula tempat teratas.

Kunci kejayaan H-RV ialah harganya, rekabentuk dan spesifikasi adalah kunci kedua dan ketiga dan Toyota juga faham bahawa jika mereka mahu C-HR mencabar kejayaan SUV kompak Honda mereka tidak boleh meletakkan harga yang lebih tinggi dari Honda.

Namun Toyota, seperti syarikat kereta yang lain tidak suka meletakkan harga yang terlalu rendah untuk jenama mereka bagi menjaga prestij yang sedia ada dan memastikan nilai kereta mereka kekal kukuh di passaran terpakai.

Toyota perlu membuat keputusan samada C-HR boleh dijual pada harga yang lebih kompetitif dari Honda H-RV sambil memakai lencana Toyota. Jika ia memakai jenama Toyota, maka angka jualan model tersebut akan dicatatkan untuk Toyota.

Jika Toyota mahu C-HR untuk menawan pasaran SUV segmen B dengan harga yang menarik, mereka boleh menggunakan jenama Perodua. Masalahnya jika ia dijual sebagai Perodua, Toyota tetap tidak dapat mengalahkan Honda walaupun dari segi pasaran, ia sebenarnya berjaya kerana Daihatsu yang menjadi pemegang saham terbesar Perodua dimiliki sepenuhnya oleh Toyota.

Kelebihan menggunakan jenama Perodua ialah akses kepada fasiliti kilang Perodua yang jauh lebih besar dari yang dimiliki oleh Toyota di Malaysia. Dengan menggunakan kilang Perodua, mereka boleh menjadikannya sebagai hab ekspot untuk C-HR di Asia Tenggara dan Australasia.

Itupun kalau kilang di Thailand dan Indonesia dah penuh lah. Perodua Global Manufacturing, kilang automotif termoden di rantau ini dikatakan telah melepasi tahap kualiti dan kecekapan kilang Daihatsu di Indonesia tetapi ianya belum dapat menandingi komponen kos di Indonesia.

Sebenarnya kami hanya membuat spekulasi ini dalam usaha memberi satu gambaran tentang perubahan yang mungkin berlaku di Perodua setelah Toyota membeli keseluruhan saham Daihatsu dan menjadikannya syarikat milik penuh gergasi itu.

Kapasiti produksi di Serendah sudah jauh melebihi keperluan Perodua dan sudah tentu ini bukan satu situasi yang digemari oleh pihak Jepun yang mahukan kilang mereka beroperasi pada tahap minimum 70%. Kilang PGSB yang baru mempunyai kapasiti 250,000 kereta dan angka yang sama boleh dikeluarkan di kilang asal Perodua dan 70 % dari 500,000 ialah 350,000 unit.

Hakikatnya Perodua hanya mampu menjual sekitar 200,000 unit setahun, lebihan kapasiti sebanyak 150,000 unit perlu diserap oleh pasaran eksport ataupun dengan mengambil bahagian pasaran jenama lain.

Moder C-HR merupakan model yang menarik dan kami amat berharap ianya dapat dipasarkan di Malaysia pada harga yang menarik, lebih rendah dari harga H-RV, dan sekiranya ia dapat dijual pada harga dibawah RM90k, sudah tentu ianya akan menjadikan pasaran automotif Malaysia lebih menarik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


      • Tak ada pasaran kata Tun M.. Apa nak buat. Pada aku, Model Suprima S tu kalau dibuat crossover SUV Proton, ada potensi sangat. Letak Enjin CFE 1.6, letak plastik hitam di fender. Tapi apa boleh buat. Para cerdik pandai dalam Proton kata model SUV compact takda pasaran di Malaysia. Tapi yang peliknya, honda HRV 1.8 lagi laku dari Iriz 1.6.


      • Suprima s boleh besarkan lagi ruang roda, over fender, cladding, supaya boleh muatkan roda offroad bersaiz 205/65 rim17x8jj sebagaimana SUV compact lain. Harga bawah 80k untuk pacuan hadapan Dan bawah 99k untuk pacuan semua roda.


  • Mmm… x mungkin C-HR nie bertukar logo dgn perodua. Bagi sy toyota akan kekal menjual C-HR dgn logo toyota. Harganya akan kekal kompetatif bila toyota bleh sahaja menggunakn kilang pemasangan perodua. Kn perodua tu depa punya. Xde hal la. Kos penghasilan model nie akan jadi kurang. Toyota akan kekalkan prestij model ini untuk pengguna muda eksekutif pertengahan dan ke atas. X sesuai utk keluaran model perodua yg difokuskan utk model compact yg murah, jimat minyak khusus pengguna pendapatan rendah n sederhana yg menjadi majoriti penguasaan pasarannya.

    Cheers!


  • Yep.. Sememangnya sesuai direbadge sebagai Perodua Kembara memandagkan C-HR adalah model pengganti Toyota Rush/Nautica.. Tetapi jika direbadge sebagai
    kembara dan dijual dengan harga 90k+ sepertimana Perodua Nautica, sambutannya akan kurang menggalakkan..

Leave a Reply