ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zulfahmi Khairuddin dilantik sebagai Duta Perodua Myvi!

Views

perodua ambassador

Bintang MotoGP negara yang sedang menyinar, Zulfahmi Khairuddin baru-baru ini telah dinamakan sebagai duta Perodua Myvi untuk tempoh 2 tahun. Anak kelahiran Banting, Selangor, berusia 22 tahun itu mula mendapat pengiktirafan dalam dunia permotoran dengan mewakili pasukan  Shell Advance Malaysia di MotoGP kategori 125cc pada 2009. Zulfahmi merupakan anak Malaysia yang pertama bersaing di peringkat dunia dalam kelas 125GP (2010-2011) dan Moto3 Kelas (2012).

“Kami memilih Zulfahmi sebagai duta Myvi Perodua kerana kami percaya bahawa dia adalah seorang yang berdisiplin, dan boleh menjadi contoh yang baik untuk belia hari ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Dalam tempoh 2 tahun (yang berakhir pada Disember 2014), Zulfahmi bakal muncul dalam aktiviti media dan promosi Perodua yang terpilih sepanjang tempoh tersebut.

Di samping itu, Perodua juga akan mempunyai hak untuk mengaitkan bintang muda yang semakin meningkat itu dalam media syarikat atau kempen publisiti. “Ia merupakan satu penghormatan besar bagi saya untuk dipilih menjadi duta ikon Perodua Myvi kerana ia adalah model yang paling popular di negara ini dan di pihak saya, saya akan cuba untuk membuat Perodua bangga,” kata Zulfahmi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply