ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis tubuh Syarikat Jualan Nasional baharu di Malaysia pada Q1 2024, rancang strategi elektrifikasi untuk rantau ASEAN

Berita Tempatan

Views

Gergasi automotif yang memiliki jenama Peugeot dan beberapa jenama lain, Stellantis N.V. (Stellantis) bakal menubuhkan Syarikat Jualan Nasional (NSC) baharu di Malaysia pada suku pertama (Q1) 2024.

NSC baharu menjadi entiti rasmi Stellantis yang akan mengemudi dan menguruskan aspek pengedaran dan jualan kenderaan pengeluar kereta itu di Malaysia.

Perubahan dalam strategi perniagaan itu adalah sebahagian daripada cita-cita pertumbuhan Stellantis di rantau ASEAN, selaras dengan rancangan elektrifikasinya serta strategi Global Dare Forward 2030 Stellantis.

Sejajar dengan peralihan strategik, Bermaz Auto Alliance (BAA), anak syarikat 55 peratus milik Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto) dan pengedar semasa jenama Peugeot di Malaysia, akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi penjualan kenderaan menerusi rangkaian pengedarnya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN, Daniel Gonzalez berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan strategi perniagaan baharu bagi menyediakan pasaran Malaysia lebih banyak produk dan perkhidmatan di bawah pembentukan NSC.

Ini termasuk pengenalan jenama baharu pada masa hadapan di Malaysia di bawah portfolio Stellantis. Gonzalez turut menyatakan penghargaan kepada Bermaz Auto, dengan memberi penekanan terhadap peranan pentingnya dalam mewujudkan kehadiran kukuh jenama Peugeot di Malaysia dalam tempoh tiga tahun lalu.

NSC di Malaysia akan diketuai oleh Jamie Francis Morais, yang merupakan Ketua Selepas Jualan semasa bagi operasi ASEAN & Pengedar Am untuk Stellantis.

Morais ialah seorang profesional dengan pengalaman selama 19 tahun dalam industri automotif dalam jenama global yang terkenal termasuk Toyota, BMW, Nissan dan Proton.

Latar belakang kepimpinannya yang luas merangkumi operasi yang berbeza termasuk selepas jualan, rangkaian, perkhidmatan pelanggan, kualiti, jualan dan latihan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

BAA akan terus bekerjasama dengan Stellantis dalam tempoh peralihan terbabit, dengan kedua-dua syarikat kekal teguh dengan komitmen mereka untuk terus berkhidmat kepada pelanggan Peugeot dengan menawarkan servis tanpa gangguan, alat ganti, waranti dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Tan Sri Datuk Sri Ben Yeoh berkata, Bermaz Auto menyokong penuh cita-cita global Stellantis, selaras dengan strategi Dare Forward 203, dan berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam langkah berani ini pada masa hadapan.

Hala tuju dan strategi baharu Stellantis untuk rantau ASEAN termasuk cita-cita elektrifikasinya, dan menilai potensi kilang di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk menghasilkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN, selain memacu penggunaan BEV di rantau ini.

Pembuat kereta itu melabur lebih RM2 bilion (€400 juta) untuk memperkenalkan pelantar STLA Medium ke rantau ASEAN.

Pelantar ‘modular-by-design‘ ini membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan berbilang tenaga (BEV, ICE, MHEV) dan mewujudkan pemasangan tempatan (CKD) dari jenama Stellantis yang lain seperti Jeep dan Citroën.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply