Polis telah mengesan pemilik kenderaan jenis Mazda CX5 yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui ‘bumbung suria’ kenderaan yang sedang bergerak.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak, telah mengesan satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik di laman X (Twitter).
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November 2023 lalu sekitar 9.30 malam, di kawasan sekitar Seri Alam.
Pemandu kenderaan tersebut bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan membiarkannya mengeluarkan kepala melalui bumbung suria kenderaan tersebut. Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI