Kegagalan fungsi stereng dipercayai menjadi punca lori membawa muatan batu merempuh hadapan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Lampam, Simpang Tangki Air, Langkap, di Teluk Intan, hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Nahas mengakibatkan sembilan anggota pasukan itu terbunuh. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata trak FRU dari Unit 5 yang membawa 18 anggota itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
“Ketika tiba di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 itu dirempuh dari hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pemeriksaan mendapati lapan anggota FRU Unit 5 termasuk pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam yang lain cedera parah dan empat cedera ringan. “Semua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI