ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUKAN : SportsFix bawa saingan liga Serie A TIM untuk peminat bolasepak Malaysia

Views

Peneraju platform penstriman dalam talian (OTT) di ASEAN, SportsFix telah mengumumkan perkongsian baharu dengan syarikat media antarabangsa MP & Silva untuk membawa liga Serie A TIM musim 2017/2018 ke Malaysia. SportsFix baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan pemegang hak media antarabangsa liga Itali untuk menyediakan peminat bola sepak dengan tiga pelawanan SECARA LANGSUNG setiap minggu menerusi platform www.sportsfix.tv bermula minggu ini!

Peminat bolasepak dan Serie A TIM di Malaysia, pastinya akan teruja untuk menantikan kembalinya siaran secara langsung perlawanan yang melibatkan pasukan handalan seperti juara bertahan Juventus, AC Milan, Inter Milan, Roma, Lazio, Fiorentina dan pendahulu liga ketika ini Napoli beraksi pada setiap minggu di Sportsfix.

Selain itu peminat Serie A TIM juga bakal melihat aksi pemain bintang seperti Gonzalo Higuain, Paulo Dybala, Marek Hamsik, Mauro Icardi, Radja Nainggolan dan Edin Dzeko secara langsung. Serie A TIM kini menjadi sebahagian daripada kandungan SportsFix yang sebelum ini memegang hak penyiaran liga-liga terkemuka di dunia seperti K League Classic, Chinese Super League (CSL), Toyota Thai Premier League dan LIGA 1 Indonesia.

Awal Ogos lalu, SportsFix menyiarkan perlawanan persahabatan “Pra-musim Antarabangsa” yang merangkumi pasukan yang beraksi di Serie A TIM, Premier League, Bundesliga, dan La Liga Santander. Peminat boleh melihat jadual perlawanan saingan Serie A TIM (waktu Malaysia) bermula dari 19 November ini. Perlawanan tumpuan yang bakal disiarkan secara langsung pada tarikh tersebut adalah pertemuan antara Roma vs Lazio (1 pagi), Napoli vs AC Milan (3:45 pagi), Sampdoria vs Juventus (10 malam).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply