ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Akhir Tahun khidmat Selepas Jualan Volkswagen

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan kempen promosi Akhir Tahun untuk perkhidmatan Selepas Jualan yang bermula semalam sehingga 31 Disember 2017. Promosi ini akan menawarkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti tulen terpilih di semua pusat servis Volkswagen bertauliah di seluruh negara.

Pada waktu musim tengkujuh ini, Volkswagen menawarkan bilah pengelap cermin Aero tulen yang diperbuat daripada bahan getah berkualiti tinggi dan didatangkan dengan pra-tegangan rel flex dan spoiler bersepadu yang memastikan tekanan berterusan pada pelbagai kelajuan, sekaligus memberikan penglihatan yang lebih baik di jalan raya semasa hujan.

Selain itu, Volkswagen juga menawarkan pencuci cermin hadapan tulen yang memberikan pembersihan optimum sepanjang tahun dalam apa jua keadaan, menyingkirkan lilin dan kesan minyak dengan kestabilan paras air yang tinggi bagi menghasilkan cermin hadapan yang bersih. Volkswagen turut menawarkan pad brek dan cakera brek tulen yang membantu melindungi keselamatan pemandu dan orang yang tersayang terutama sekali pada situasi kecemasan.

Kesemua pad brek telah melalui tekanan ekstrem dengan pemasangan yang tepat dan pengekalan geseran tinggi untuk menahan beban pemampatan yang tinggi, manakala cakera brek pula diperbuat daripada besi atau keluli dengan kromium yang tinggi untuk mengurangkan bunyi dan getaran pada pedal brek serta memastikan pembrekan yang lancar dan selamat. Untuk maklumat lanjut layari www.volkswagen.com.my atau terus ke pengedar sah Volkswagen yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply