ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penantian untuk model Toyota Camry & 86 bakal berakhir tak lama lagi

Views

Nampaknya sudah semakin hampir dengan tarikh pelancaran 2 model generasi baru Toyota, iaitu Camry & 86 yang dijadualkan pada bulan hadapan. UMW Toyota Motor telah memberi anggaran harga bagi kedua-dua model tersebut. Untuk model Toyota Camry harga yang dianggarkan ialah RM 152,000.00 untuk TOYOTA CAMRY 2.0E (A), RM 160,000.00 untuk TOYOTA CAMRY 2.0G (A) dan RM 183,000.00 untuk TOYOTA CAMRY2.5V (A).

Bagi model Toyota 86 pula harga yang dianggarkan ialah RM 243,000.00 untuk TOYOTA 86 2.0L (M) dan  RM 249,000.00 untuk TOYOTA 86 2.0L (A). Adakah model ini dapat mengembalikan kegilaan peminat kereta sports Toyota  di negara ini seperti dizaman kegemilangan Toyota Supra dan Celica? Nantikan kemunculannya bulan hadapan!

Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

26 Comments


  • Model AE 86 terlalu mhl. Skg dh zaman turbo tp masih pki enjin 2.0 na lg. Baik angkat golf gti lg murah. Zaman kegemilangan AD86 dh brakhir. Pengeluar keta jepun mcm dh ketandusan idea. Tp jual nk mhl2 x igt.


  • Dari segi spec memang Camry ni dah kalah teruk oleh Kia Optima K5 dah r… harga mahal nak mampus tp apa pun takdak adoi Toyota2 makin moving backward pulak..


    • x pe bro…Toyolta Kameri ni akn jd hot sales jugak (walaupon ade J spec mcm Vios) org akn beli jgak…Bcoz it is Toyolta….Toyolta Kameri J spec…140K..beli jugaak


    • mna bleh camtu bro…engineer jepun sume hebat2 bro…kelulusan tggi2 tau…x mcm engineer proton,level tadika,pemalas bak kata rkyat m’sia yg jd japan wannabe…


    • bro,klu lu kata psl toyota model thn 80an & 90an gua bleh trima..tp klu lu kata toyota skrg b’kualiti & thn lasak, lu sdh silap besaaarrrrrr la bro…itu la japan wannabe, kereta jenama toyota dh x begitu b’kualiti & dh x thn lsk tp oleh kerana ia dr jepun,lu puji melangit tanpa usul periksa.klu proton,abis japan wannabe kutuk melangit jugak.

      klu kereta toyota ade masalah (x patut ade masalah sbb syrkt dh lma b’tapak lbih dr proton), lu masih nk kata b’kualiti & thn lsk? bro, camne toyota prius bleh ditarik balik (sementara) di seluruh dunia sbb masalah pedal minyak & brek.kt m’sia x kena tarik pulak mgkin sbb rmai sgt japan wannabe yg ‘memaafkan’ toyota sbb ia DARI JEPUN!!! klu proton? abis kecoh satu dunia rkyat m’sia sendiri yg buruk2an…

      nk bnding dr segi kualiti, PROTON SAGA BLM lbih B’KUALITI & TAHAN LASAK dari toyota vios.klu lu nk tau, cuba2 la tnya owner vios (mgkin diaorg malu nk ngaku…) sbb pe aku suruh check vios? sbb kwn aku bnyk m’adu ttg vios sbb dia owner,bkn dengar cerita org…

      ok bro, selamat menikmati kekualitian & ketahanlasakan toyota…


      • gua pun pakai persona n forte jee.. tp banding kan kualiti part windows dengan bunyi pelik2.. KIA brooo lg senyap.. toyota my wife pakai vios jee.. tp sampai skrg xda problem..


      • gua rasa mgkin wife lu dpt yg ok…kwn gua tu mgkin nsb x baik dpt vios yg b’masalah…bumbung pun dh b’lekuk sbb buah mangga jatuh ms parking kt rmh gua…sedangkan persona & kelisa gua dh bnyk kali kena x de kesan pun…abg ipar gua yg pakai nissan sylphy komen..dia ckp body vios x sekuat & seteguh persona…sbb dia prnh test tekan kuat2 pintu persona gua dgn pintu vios kwn dia..hasilnya…pintu vios kwn dia b’lekuk.ms dia tekan kuat2 pintu persona gua,gua dh ngeri bro tp dia ckp klu b’lekuk cam vios,dia tlg byr duit bgkel.mmg la dia bnyk duit…


      • gua slalu amik cntoh vios atas sbb p’alaman gua &kenalan,bkn atas cerita org…cam persona gak,gua dpt yg x de masalah setelah 4 thn guna…ade yg baru guna 2,3 bln pun ade masalah…hmmm…nasib2….


  • utk information, ayah aku pernah memiliki toyota DX KE70 model thn brape aku x ingat..awal 80an la…dgn kereta tu le aku blajar memandu…lbih 10 thn ayah aku guna x de rosak…mmg b’kualiti & thn lasak bro…jauh lbih b’kualiti & lbih thn lasak dr vios…sbb kereta jenama toyota bkn semua jepun yg keluarkan…sbb tu le kot dh kureeennnnggg…jgn kata kereta, barangan eletrik jenama jepun pun dh x de kualiti sgt..cpt rosak…kat rumah ayah aku masih ade tv hitam putih TOSHIBA. masih elok, bleh guna & speaker terbaeeekkkkk….


  • Camry baru ni mmg masih guna base dari yg lama, enjin baru tapi tranmission masih guna yg lama. Utk model 2.0 masih guna auto 4 speed, 2.4 guna cvt.

    Mmg agak kecewa sbb harga dh mahal, base model 2.0e pun harga rm160k, tapi equipment hampeh. Model 2.0 cuma ada 2 airbag, 2.4 aku tak sure.

    Mmg toyota dh makin hampeh utk market asia. Aku masih pakai altis skrg, tapi service kat SC makin lama makin teruk. Aku pernah p service tapi tak bayar service charge sbb service teruk, aku bayar utk parts ja. Aku jumpa manager SC ckp aku tak puas hati.

Leave a Reply