ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suprima S Active muncul di My Auto Fest 2016

Views

Sempena My Auto Fest 2016 yang membuka tirainya hari ini di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Proton membawa sebuah lagi model konsep bertemakan crossover, Suprima S Active Concept. Konsepnya sama dengan Iriz Active dengan menampilkan kit badan crossover, warna badan dua-tona (gabungan warna kelabu dan oren) dan rim aloi rekaan khas dua-tona.

Tema warna dua-tona turut dibawa hingga ke dalam kabin dengan kemasan tempat duduk dan stereng kulit. Ada kemungkinan Proton sedang membuat kajian pasaran mengenai model ini dengan mengambil kira penerimaan orang ramai sebelum ianya dikeluarkan kelak. Kami tidak pasti sama ada Proton akan memperkenalkan model ini dalam masa terdekat ataupun sekadar menjadi bahan pameran, namun jika diperhatikan pada rekabentuk, ia sebenarnya sebuah model konsep yang sudah bersedia untuk dipasarkan.

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat model ini, kunjungi My Auto Fest 2016 yang akan berakhir Ahad ini!

Foto kredit : Laman Facebook rasmi Autofreaks.com

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

13227572_1792386307657811_5893546974203285979_o 13235357_1792386227657819_7166134691075624217_o 13248401_1792386197657822_8540191778762045864_o 13265857_1792386270991148_2835760823557002749_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • effort membazir. terlalu banyak OREN.
    kereta konsep sepatutnya bukan setakat warna, sticker dan kosmetik.
    lebih bagus kalau fikirkan facelift utk Preve/Suprima supaya ‘layak’ diterima utk pasaran eksport.
    Selain design, Proton patut fokus pada marketing & branding. Proton adalah bisnes kereta dan bukan setakat design house syiok sendiri semata.


  • buat lah sesuatu yg positif kalau nk feedback positif.
    aku xde masalah dgn Proton. kalau Proton untung atau rugi, aku masih perlu pergi kerja hari2 cari rezeki.

    cuba tgk konsep Iriz Active. lepas setahun apa impak pada sales Proton?


  • Code name ‘Active’ patut ‘di trademark kan’.. Mana mana model Proton yang menggunakan code name ‘Active’ mestilah AWD ataupun 4WD.. Dengan Kata lain ‘Active’ = AWD/4WD (untuk model Proton terpilih)


    • Macam automaker eropah
      xDrive adalah code name untuk 4wd/awd dari BMW
      Manakala Quattro pula code name untuk 4wd/awd Dari AUDI
      Proton pula ACTIVE
      Bagus jugak jika utk awd/4wd Proton ada trademark tersendiri


  • Bagus juga Proton perbanyakkan model Dan Varian sedia ada.. Banyak pilihan.. Menjelang cabaran TPPA, yang mana pasaran lebih terbuka untuk negara peserta TPP.. Sebaiknya Proton perbanyakkan model Dan Varian.. Persaingan Dari segi harga, kualiti, kuantiti, khidmat selepas jualan, kebolehpercayaan, anggapan/andaian/persepsi Dan banyak lagi skop saingan..


  • Bagi saya tak perlulah WOW faktor, cukuplah sekadar 5 star NCAP kemudian AWD sebagai perkara wajib SUV. WOW faktor menyebabkan harganya pun WOW juga.


  • Aku rasa ni prototaip lama. Boleh jadi untuk pameran ‘Alami Proton’ edisi terdahulu, tapi tak sempat.

    Firasatku mengatakan sedemikian dek kerana lambang Proton tu bukan versi terbaru pasca kempen ‘It’s In The Drive’


  • Suprima Active AWD perlulah di produksikan secara besar besaran.. Versi extreme juga perlu ada bagi mereka yang mahukan wow faktor.. Versi extreme yang menggunakan badge Lotus.. Versi yang sangat berkuasa untuk versi hatchback segmen-C.. Lotus Suprima 410 Sport UV..
    Yay


  • Mengapa x prlu wow factor.. dgn rupa bntuk proton skarang..x membantu tingkatkn jualan proton.. wlaupn dapat 5star ncap!!
    Bila rupa bentuk wow,awesome.. org sngup byr lebih sikit..jnji kereta dpandang cantik..
    Prestij proton secara automatik akn meningkat..
    Cnth pada kia..sblm ade forte model kia npk hodoh..bermula forte secara berterusan desingn kia bertambah mantap..
    Dulu pun kia sebaris dgn proton..tp skrg kia dh boleh bit nipon.
    Tp proton ttp proton.. xpernah nk ikot kehendak pasaran… buat kereta ikot kehendak org atasan n managemen..y pihak atasan sndri xnk pakai proton..
    ibarat tkang masak y x sangup makan masakan sendiri..tp nk bg org makan..
    Mgkin y kerja kat proton tu cuma skadar kerja janji ade kerja.. dh hilang semangat nk buat y terbaik utk naikn kompeni. Hutang pn makin menigkat..
    Itu pn proton x sedar diri lg..!!


    • Ya, WoW faktor perlu untuk Varian tertinggi. Seperti AWD atau Twin Turbo(410nm) atau supercharged(410nm) atau hibrid(410nm) atau euro 6 fuel regulation atau dilengkapi ciri kemewahan melampau… Atau semua yang di atas. Tidaklah keterlaluan harganya 100k hingga 200k jika dibangunkan anak syarikatnya Lotus atau pun R3. Sebagaimana Neo R3 Lotus racing berharga 100k+ yang di jual beberapa tahun lalu.. Jangan terkejut sekarang sudah ada syarikat yang membangunkan enjin 1.6L turbo berkuasa 400hp+. INI yang dinamakan wow faktor


  • Model Suprima & Preve perlu Ada Varian AWD/4WD berkuasa sekurangnya 400nm.. Model tersebut perlu bersaing dalam kejohanan APRC mahupun IRC Dan tidak lupa juga FIA Super 2000..

Leave a Reply