ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic baharu buat kemunculan di My Auto Fest 2016!

Views

Kepada peminat Honda Civic jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat generasi kesepuluhnya yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Honda Malaysia Sdn Bhd mempamerkan sebuah Civic generasi baharu dengan warna Lunar Silver metalik di booth mereka sempena My Auto Fest 2016 yang sedang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad nanti.

Pengunjung booth Honda juga boleh melihat dan menempah model model lain seperti Jazz, City, HR-V dan CR-V dengan diskaun sehingga RM9,900! Selain itu juga pelbagai acara lain seperti cabutan bertuah, jualan cenderahati, sudut kanak kanak dan lain lain turut diadakan di booth Honda. Jom kita meriahkan booth Honda di My Auto Fest 2016!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Picture 1a Picture 4 Picture 3a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply