ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental, bukan sekadar tayar

Views

Bila sebut sahaja nama Continental pasti ramai yang tahu jenama ini mengeluarkan tayar kenderaan kan? Sebenarnya Continental bukan setakat mengeluarkan tayar kenderaan sahaja, mereka merupakan OEM yang membekalkan peralatan kenderaan termasuklah yang berkaitan elektronik seperti unit kawalan ektronik (ECU), sistem pengurusan enjin (EMS) dan lain-lain.

Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd sedang menganjurkan satu pameran ‘Experience Continental’ yang berlangsung mulai hari (19 hingga 22 Mei 2016) bertempat di Central Atrium, Queensbay Mall, Pulau Pinang. Pameran ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman dan mengenali jenama Continental dengan lebih dekat lagi.

Di sana juga anda berpeluang untuk melihat kemampuan Penyelidikan dan Pembangunan syarikat tersebut dalam membangunkan teknologi terkini serta beramah mesra dengan kakitangan mereka yang pakar. Selain itu juga, anda juga boleh mencuba nasib untuk mengisi kekosongan jawatan di Continental. Jadi kepada sesiapa yang berada berhampiran dengan Queensbay Mall, jangan lepaskan peluang ini ye!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Photo of Booth 2 Photo of Booth

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply