ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV Lotus bakal kongsi pelantar dengan Volvo

Views

Autocar melaporkan Lotus bakal mengeluarkan model pesaing kepada Maserati Levante dan Porsche Macan yang bakal menjadi SUV dengan pengendalian terbaik dalam kelasnya. Model ini bakal dibangunkan dari pelantar SPA yang turut dikongsi oleh model Volvo XC90 dan XC60. SUV Lotus bakal dilengkapi dengan enjin empat silinder yang mampu mengerah sehingga 400 hp dan beratnya tidak akan melebihi dua tan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean Marc Gales berkata model ini akan mempunyai pengedalian yang paling hebat dalam segmennya dan jika mereka gagal untuk membuktikannya, ia bermakna projek tersebut gagal. SUV ini bukan sekadar berkongsi pelantar dengan Volvo, ia turut berkongsi beberapa peralatan elektrik dari jenama Sweden itu, termasuklah skrin sentuh sistem infotainmennya.

Hampir keseluruhan proses pengeluaran model ini akan dilaksanakan di China, namun Gales berkata model ini berkemungkinan akan turut dipasang di UK. Walaubagaimanapun, beliau mengesahkan segalanya bergantung kepada “apa yang berlaku selepas Brexit” sebelum memuktamadkan lokasi pengeluarannya. Pelancaran rasmi model ini dijangka mengambil masa empat tahun lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Jika Lotus menggunakan platform XC90 dengan beratnya di bawah 2 tan dan kuasa kudanya melebihi 400hp sertapengendalian yang sangat mantap, ianya adalah pencapaian yang cermelang.. Tapi jika menggunakan platform XC60 beratnya perlulah di bawah 1.6 tan dengan kuasa yang sama barulah boleh dikatakan pencapaian.. Jika menggunakan platform XC90, saiz SUV Lotus akan berada diantara Porsche Macan dan porsche Cayenne..

    Lotus sememangnya pakar dalam membina kenderaan lebih ringan berbanding automaker lain..


  • Cantik juge.untung Lotus dapat design sendiri suv.proton pun untung sbb geely bagi rebadge..
    Kalau design sendiri entah ape pulak yg keuar nanti

Leave a Reply