Kami ingin kongsikan hantaran terbaharu dari penganalisis automotif terkenal, Yamin Vong yang telah dimuatnaik ke laman Facebook peribadinya semalam yang ada kaitan dengan kerjasama strategik antara Proton dan Geely. Sejak pembelian 49.9 peratus saham Proton oleh Geely, kedua-dua syarikat lebih banyak berdiam diri, namun dalam diam-diam banyak perkara kini sedang berlaku di Proton dan kesemuanya bakal membuahkan hasil yang positif.
1. Pelantikan
Kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada pekerjanya. Selama beberapa bulan yang lalu, Proton telah mencari dan menyunting beberapa tenaga kerja berprestasi tinggi dari Honda Malaysia, Edaran Tan Chong, Hyundai dan UMW-Toyota (hanya beberapa yang dinyatakan). Antara muka baharu yang dilantik termasuklah Alex Tan (mantan Pengurus Jualan kawasan tengah untuk Edaran Tan Chong) dan Lau Yit Mun (mantan Pengarah Urusan Hyundai Sime-Darby). Selain itu, Timbalan Pengerusi UMW-Toyota yang telah bersara juga telah dilantik sebagai Penasihat di Proton.
2. Model baharu
Selain model SUV Boyue, Zhejiang Geely telah memutuskan untuk membekalkan model terkini yang relevan kepada Proton. Untuk 2019, antara model yang dijangka dikeluarkan adalah SUV kompak (Geely SX11) yang bakal mencabar Honda HR-V dan model sedan (Geely SL) yang bakal menggantikan Prevé yang bakal dijual dalam lingkungan harga RM70,000. Pada tahun 2020 dan selaras dengan polisi Kenderaan Elektrik (EV) China yang memberi subsidi hanya untuk EV yang mempunyai jarak melebihi 300 km, Proton bakal mempunyai kereta elektrik pertamanya yang berkemungkinan besar dari model Emgrand EV300.
3. Pengedaran
Hanya pengedar Proton yang sanggup melabur untuk jenama tersebut bakal mengedarkan model baharu keluaran jenama tersebut. Daripada 220 pengedar, ia dijangka berkurangan separuh kerana kebanyakannya adalah pengedar kecil 1S yang tidak mampu untuk melabur sehingga RM3 juta untuk menaiktaraf menjadi pusat 4S. Hanya pusat pengedar 3S dan 4S yang akan menerima model baharu. Pusat 4S merujuk kepada pengedar yang mempunyai fasiliti bilik pameran, kaunter alat ganti, ruang servis dan pusat pembaikan badan dan cat. Pengedar 1S perlu membeli model baharu Geely dari pengedar 3S dan 4S.
4. Keuntungan
Pengedar bakal mendapat “insentif yang sangat lumayan dan tiga jenis skim komisen”, kata veteran dalam industri automotif yang bakal melabur untuk dua pusat pengedaran.
KLIK UNTUK BESARKAN
Apa yang positifnya? Ambik ex umw toyota xde gunanya-share market diorg pun shrinking. Ada mentaliti ‘i’m king’jgk
Jika anda berfikiran negatif- anda tidak nampak apa yang positif+.. Mereka yang dilantik telah memberikan hasil yang positif dalam kerja mereka sebelum ini..
Geely SL is a B segment car. How can it replace the C-segment Preve?
SL kereta C segment lah…dimensions dgn enjin pun power sama dgn Preve.
lol punya la lebar pnjang Geely SL tu ko kata B class? hahahaha
C-segment bro.. Indeed Geely SL is c-segment sedan.. Look at the body dimension and size of the car..
Harap lah. Tp bg lah kereta segment A & B enjin baharu. Org dah tak mau campro yg kuat telan minyak.
Pengganti preve rm70k?sendu jgk la nampaknye jualan preve nanti
Harga psikologi preve patut 65k (ganti waja)
Boyu bawah 100k
Suv compact 75k
Sekian
Apa jadi dengan projek volcano GDI & TGDI, dan kerjasama dgn pengeluar transmisi Jatco?
Tp ada org tua kata, proton x boleh nak jual murah sgt.. kena letak preve 70k, suprima 80k, suv compact 90k, suv boyue 100k..
Dah berkubur sebaik saja dibeli Geely. Teruskan pakai soft turbo campro cfe & punch cvt gearbox!