ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV Lotus dijangka berentap dalam segmen mewah

Views

SUV pertama dari pengeluar kereta sport ikonik British, Lotus bakal masuk ke pasaran mewah, buat pertama kalinya. Menurut ketua pereka, Peter Horbury, SUV itu akan meneroka pasaran yang belum pernah mereka terokai sebelum ini, khususnya di pasaran China di bawah kepimpinan Geely, menurut laporan dari Autocar.

Persoalannya kini, di mana Lotus akan diletakkan dalam pasaran, di mana ia berada kini dan di mana persaingan berada. Pasaran China sememangnya sangat besar untuk lebih mewah, kereta yang lebih mahal dan jadi itu dalah kemungkinannya. Horbury berkata, SUV tidak pernah berada dalam agenda di Porsche sehingga ada seseorang yang berani mencadangkannya kepada lembaga pengarah. Tambah beliau lagi, apa yang mungkin terjadi kepada Porsche hari ini sekiranya idea tersebut ditolak?

Lotus dijangka bakal menggunakan pelantar Volvo SPA yang kini digunakan oleh model XC90 dan XC60. Pelantar tersebut hanya boleh menggunakan enjin empat-silinder sahaja, namun Lotus bakal menawarkan pelbagai pilihan enjin yang berkuasa termasuklah hibrid empat-silinder yang mampu menjana 400 kuasa kuda. Ia mempunyai saiz yang hampir sama dengan Porsche Macan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply