ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syed Zainal Abidin dilantik sebagai bos baharu Petronas Dagangan

Views

Portal atas talian TheStar melaporkan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd berkuatkuasa 1 Jun 2018. Beliau akan menggantikan Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus yang meletakkan jawatannya sebagai pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif disebabkan oleh pertukaran kakitangan dalam Kumpulan Petronas.

Syed Zainal Abidin pada ketika ini memegang jawatan sebagai naib presiden, pemasaran, perniagaan hiliran di Petroliam Nasional Bhd (Petronas). Beliau juga merupakan pengerusi dan pengarah pelbagai anak syarikat dalam Kumpulan Petronas. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan peminat dunia automotif kerana pernah menjadi orang penting di Perodua dan Proton, selain berkhidmat dalam sektor perbankan di RHB Bank sebagai pengarah bebas.

Semasa berkhidmat di Proton Holdings Bhd beliau merupakan pengarah urusan yang paling disukai ramai dan sebelum itu, beliau pernah berkhidmat dengan Perodua sebagai timbalan pengarah urusan. Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply