ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

SUV Perodua bakal mempunyai tujuh tempat duduk – Dikuasakan oleh enjin 1.5-liter 2NR-VE Dual VVT-i

Views

Kami mendapat beberapa maklumat terkni mengenai SUV Perodua (nama kod D38L) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada suku ke-empat tahun ini menerusi laman group Facebook Perodua SUV Community (Malaysia) . SUV Perodua adalah adik-beradik kembar kepada Daihatsu Terios dan Toyota Rush di Indonesia. Secara teknikalnya ia akan mempunyai tujuh tempat duduk. Penggayaan luaran mempunyai ciri-ciri rekabentuk pada model Myvi baharu .

Penjana kuasa bagi model ini adalah enjin petrol 1.5-liter 2NR-VE Dual VVT-i (enjin sama pada model Avanza) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 104 PS (76 kW; 103 hp). Enjin ini akan digandingkan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Difahamkan ada beberapa ciri seperti Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Jelajah, Pendingin Hawa Kawalan Iklim tiada pada model ini dan ia hanya akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian sahaja. Harga bagi model ini dianggarkan antara RM69 hingga RM75K seunit mengikut varian.

Bermula bulan Ogos atau awal September pula, penasihat jualan Perodua akan mula menjalani latihan produk. Foto di atas pula dikatakan rekaan fasa awal model tanah liat model SUV tersebut, namun ia bukanlah model yang sebenar. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai model SUV tersebut dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply