ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV pertama Proton bakal dipertontonkan kepada media esok!

Views

Kami yakin ‘mood’ Raya anda akan terbantut seketika setelah mendengar berita ini. Esok DRB-HICOM Berhad akan memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai Rakan Strategik Asing (FSP) Proton Holdings Berhad. Apa yang membuatkan kami begitu teruja kerana di majlis yang sama juga bakal SUV pertama Proton akan dipertontonkan kepada pihak media. Seperti yang kita sudah sedia maklum, SUV pertama Proton akan dibangunkan dari platform Geely Boyue yang merupakan SUV paling laris di China ketika ini.

BACA >> Geely Boyue – Bakal SUV pertama Proton?

Adakah SUV pertama Proton mempunyai wajah seperti Proton Bayu yang direka oleh Saharudin Busri? Yang bermain difikiran kami, berapakah tanda harga yang bakal diletakkan pada model SUV ini, kerana ia hanya akan laris sekiranya harga tidak melepasi RM75,000 seunit. Jika tidak dibimbangi ia mengalami sindrom jualan sendu seperti yang berlaku pada model Suprima S. Adakah SUV pertama Proton ini akan dilancarkan dalam masa terdekat? Apa pun kita nantikan kemunculannya esok!

BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply