ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz petrol facelift lepasi sasaran jualan bulanan hanya dua minggu selepas pelancaran

Views

Honda Malaysia mengumumkan tempahan Honda Jazz petrol facelift kini melebihi 1,300 unit hanya dalam masa dua minggu selepas pelancaran rasminya. Ini sekaligus melepasi sasaran jualan bulanan sebanyak 1,200 unit. Varian E mendapat tempahan terbanyak, hampir 40 peratus dari jumlah tempahan, manakala varian V mencatat 32 peratus dan varian S pula mencatat 28 peratus dari jumlah tempahan.

Angka tempahan tertinggi dicatatkan di kawasan Lembah Klang dengan 42 peratus dari jumlah tempahan, diikuti kawasan Selatan (21 peratus), Utara (18 peratus), Pantai Timur (13 peratus) dan Timur Malaysia (6 peratus). Warna Modern Steel Metallic pula menjadi pilihan ramai dan diikuti oleh Lunar Silver Metallic.

BACA >> Bagaimana balik kampung telah membantu Honda menghasilkan Jazz yang lebih sempurna? Kami dedahkan rahsia Jazz Hybrid 2017 yang laman lain tak dapat

Satu-satunya model hibrid di bawah RM90,000, Jazz Hibrid baharu yang dilancarkan seretak dengan Jazz Petrol facelift juga mendapat maklumbalas yang sangat positif dan pertanyaan dari ramai warga Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di luar Jepun yang menerima model tersebut.

Honda Malaysia akan memastikan pengeluaran menepati tempoh penghantaran dengan masa menunggu adalah sebulan, tanpa berkompromi dengan kualitinya. Pelanggan juga dijemput ke pengedar Honda yang berhampiran untuk merasai dan memandu uji model Jazz Hibrid baharu bermula dari minggu ketiga bulan Julai 2017. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan sesi pandu uji Jazz, sila berkunjung ke 91 pengedar bertauliah Honda seluruh negara atau hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply